Lori terbabas langgar 4 kenderaan, 2 disahkan maut

Gambar Hiasan

Dua individu maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di persimpangan lampu isyarat Medan Masria susur ke Lebuhraya Grand Saga, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata kemalangan berlaku pada jam 4.45 petang itu membabitkan sebuah lori dengan empat kereta.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku ketika lori berkenaan dalam perjalanan dari arah Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) menghala ke Plaza Tol Batu 9, di sini.

“Sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat Medan Masria, lori terbabit disyaki mengalami masalah brek dan melanggar empat kenderaan di hadapannya sebelum terbabas ke lereng bukit di susur ke Lebuhraya Grand Saga,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Beliau berkata, kemalangan itu mengakibatkan seorang pemandu kereta Proton Saga disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Seorang penumpang kereta yang parah pula dilaporkan meninggal dunia di hospital ketika menerima rawatan.

“Dua mangsa terbabit masing-masing seorang lelaki dan wanita berusia 50-an dan 60-an.

“Tiga pemandu kenderaan lain pula dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.



Katanya, pemandu lori berusia 40-an itu yang mengalami cedera ringan ditahan polis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Narolhisyam Endi di talian 019-5897115 bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, kemalangan itu tular selepas rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) dari sebuah premis berhampiran lokasi kejadian dimuat naik di media sosial, sejak semalam.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Skandal Spanco, siapa terbabit?



Cikgu Fadli bersara kerana tak mahu jadi tetamu biadab

Memang kami lepak dengan Hot Daddy



Saharul Ridzwan jual rumah pula

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker