Bomba selamat 5 pendaki sesat di Bukit Saga

Bomba selamat 5 pendaki sesat di Bukit Saga

Bomba selamat 5 pendaki sesat di Bukit Saga
Anggota bomba bersama pendaki yang diselamatkan selepas tersesat ketika mendaki Bukit Saga, Ampang. – Foto ihsan bomba

AMPANG: Lima pendaki diselamatkan selepas dilapor tersesat ketika mendaki Bukit Saga Ampang di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 2.15 petang.

Susulan itu sepasukan anggota digerakkan bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah untuk bantuan lanjut.

“Mangsa terdiri empat wanita dan seorang lelaki berusia antara 34 hingga 46 tahun dan mereka berjaya ditemui anggota operasi pada jam 3.55 petang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semua mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bomba selamat 5 pendaki sesat di Bukit Saga


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Bukit Bintang Diperkukuh, Fokus Martabat Melayu Bandar Dan Persiapan PRU-16

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker