Terpedaya tawaran tender palsu, kontraktor rugi lebih RM50,000
Terpedaya tawaran tender palsu, kontraktor rugi lebih RM50,000

KUALA TERENGGANU: Seorang kontraktor pendawaian kerugian RM50,400 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan yang menggunakan tawaran tender palsu membabitkan pembekalan peralatan jana kuasa mudah alih (portable charger).
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa lelaki berusia 52 tahun membuat laporan polis pada jam 3.58 petang semalam selepas menyedari ditipu.
Beliau berkata, kejadian bermula pada 14 Julai lalu ketika mangsa berada di pejabatnya di Jalan Sultan Zainal Abidin, di sini, sebelum menerima e-mel sebut harga berkaitan pemasangan lampu jalan solar LED di bawah peruntukan khas Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT).
“Susulan itu, mangsa menghubungi seorang individu dikenali sebagai Nik Syahril yang mendakwa dirinya kakitangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
“Suspek kemudian menawarkan peluang kepada mangsa untuk membekalkan tiga unit portable charger jenis Anker Solix F3800 pada harga RM16,800 seunit serta memperkenalkan sebuah syarikat pembekal dikenali sebagai Xynova Trading,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata, mangsa kemudian berurusan dengan seorang lagi individu dikenali sebagai James menerusi aplikasi WhatsApp sebelum membuat dua transaksi ke akaun RHB Bank milik syarikat berkenaan pada Khamis lalu.
Katanya, transaksi pertama membabitkan pembayaran RM40,400 diikuti RM10,000 menjadikan keseluruhan bayaran berjumlah RM50,400 yang menggunakan wang simpanan perniagaan mangsa.
“Bagaimanapun, pada 25 Julai lalu(semalam) mangsa cuba menghubungi semula pembekal terbabit, namun mendapati semua saluran komunikasi telah disekat sebelum menyedari menjadi mangsa penipuan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Momentum Sokongan Rakyat Terus Mengukuh, Mohd Zaidy Yakin BN Raih Kepercayaan
- Hormati Pendirian Kami… BN Bertanding Atas Prinsip, Perjuangan Parti
“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa membuat semakan terhadap sebarang tawaran tender atau pembekal dengan agensi berkaitan sebelum membuat sebarang pembayaran bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.
Terpedaya tawaran tender palsu, kontraktor rugi lebih RM50,000
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Persefahaman BN-PN Bawa Mesej Kestabilan Demi Masa Depan Negeri Sembilan
- ‘Penyatuan Melayu Bukan Ancaman Kepada Kaum Lain’ – Dr Akmal
- Mesyuarat UMNO Kota Melaka Medan Perkukuh Kesiapsiagaan Hadapi PRN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Bukit Bintang Diperkukuh, Fokus Martabat Melayu Bandar Dan Persiapan PRU-16
You must be logged in to post a comment.