Wanita parah kaki kiri digilis selepas basikal ditunggang bergesel dengan lori
Wanita parah kaki kiri digilis selepas basikal ditunggang bergesel dengan lori

PORT DICKSON: Seorang wanita parah apabila basikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori tangki sebelum kakinya digilis kenderaan berat itu.
Kejadian berlaku jam 12 tengah hari tadi di Kilometer 4.5 Jalan Seremban-Port Dickson ketika mangsa, 34, bersama beberapa penunggang basikal lain dari arah Port Dickson menuju Lukut.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata siasatan awam mendapati mangsa mengubah haluan dari susur kiri dan masuk ke lorong tengah menyebabkan pemandu lori berusia 55 tahun tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian tepi sebelah kanan basikal.
“Mangsa yang parah pada kaki kirinya dirawat di Hospital Port Dickson,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Wanita parah kaki kiri digilis selepas basikal ditunggang bergesel dengan lori
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Persefahaman BN-PN Bawa Mesej Kestabilan Demi Masa Depan Negeri Sembilan
- ‘Penyatuan Melayu Bukan Ancaman Kepada Kaum Lain’ – Dr Akmal
- Mesyuarat UMNO Kota Melaka Medan Perkukuh Kesiapsiagaan Hadapi PRN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Bukit Bintang Diperkukuh, Fokus Martabat Melayu Bandar Dan Persiapan PRU-16
You must be logged in to post a comment.