Faiz Fadzil dilepas tanpa dibebaskan tuduhan serangan seksual

Faiz Fadzil dilepas tanpa dibebaskan tuduhan serangan seksual

Mahkamah Majistret Shah Alam memutuskan bekas Adun Permatang Pasir Muhammad Faiz Fadzil dibebas tanpa dilepaskan (DNAA) berhubung dakwaan melakukan serangan seksual.

Mahkamah membuat keputusan itu ketika sebutan kes hari ini.



Berdasarkan undang-undang, tertuduh yang mendapat DNAA boleh didakwa semula atas pertuduhan serupa pada masa akan datang.

Ketika dihubungi media, Faiz mengesahkan majistret Mohamad Suffian Jaafar memutuskan perkara itu, apabila pihak pendakwaan memohon untuk menarik balik pertuduhan selepas Pejabat Peguam Negara (AGC) menerima representasi yang difailkan pihaknya.

“Benar. Timbalan pendakwa raya menerima representasi yang dihantar (pembelaan) pada 17 Ogos 2023.

“Alhamdulillah, representasi dibuat berdasarkan fakta,” kata Faiz.



Pada 9 Jun 2021, Faiz mengaku tidak bersalah atas atas tuduhan melakukan serangan seksual di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Menurut kertas pertuduhan, dia dituduh menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan seorang wanita berusia 31 tahun pada 8 Mac, antara jam 9.45 malam dan 11.30 malam, ketika mereka berdua berada di dalam sebuah kereta dari pusat membeli-belah Sunway Pyramid ke Subang Jaya.

Wanita yang didakwa mangsa itu dikenal pasti oleh portal dalam talian MalaysiaNow pada laporan 24 Mac sebagai ahli PKR.

Faiz, yang juga anggota jawatankuasa pusat Amanah, pada ketika itu menafikan semua tuduhan dan mengesahkan akan bekerjasama dengan siasatan polis berikutan laporan wanita itu dibuat pada 16 Mac 2023.



Seksyen 354 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda, atau dan sebatan, atau dua daripada tiga hukuman tersebut. Mk

Faiz Fadzil dilepas tanpa dibebaskan tuduhan serangan seksual

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Takkan Mimi bercium dengan Merqeen – Anna Jobling

Puteri Sarah dedah tentang hubungan dengan Andi Arsyil



Sama-sama masuk penjara, komen Noh Salleh raih perhatian

Syamsul komen isu Puteri Sarah nak saman bekas kakak ipar Ira Kazar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker