Tukar PM tiap tahun tidak jamin apa-apa

AL-SULTAN Abdullah sebak ketika bertitah.

Tukar PM tiap tahun tidak jamin apa-apa

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya institusi Yang di-Pertuan Agong terus dipelihara dan dipertahan pada setiap masa.

Baginda bertitah, sekiranya institusi itu bercanggah daripada fungsi dan sifat kewujudannya maka kerajaan akan menjadi lemah, manakala negara porak-peranda.

Al-Sultan Abdullah bertitah, selain itu institusi Yang di-Pertuan Agong pelindung terakhir kesejahteraan rakyat dan kedaulatan negara.

“Maka tatanglah institusi ini bagai minyak penuh. Martabatkan institusi ini dan jangan sekali-kali mencemari ia dengan nista dan dusta,” titah Seri Paduka pada Majlis Jamuan Negara sempena tamat pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16, di sini, malam kelmarin.

Berangkat sama pada majlis itu, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta barisan Jemaah Menteri.

Mengimbau kembali sepanjang pemerintahan selaku Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah bertitah, baginda dikurnia keafiatan untuk memerintah negara bersama empat Perdana Menteri.

“Insya-Allah, jika tiada aral atau ‘langkah-langkah lain’ dalam dua hari akan datang, beta akan tamatkan pemerintahan bersama Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tidak pernah terlintas di fikiran beta memikul tugas berat melantik tiga Perdana Menteri dan membawa negara keluar dari situasi ketidaktentuan,” titah baginda.

Namun Al-Sultan Abdullah bertitah dalam setiap situasi itu, baginda sentiasa berpegang kepada prinsip demokrasi berparlimen.

Pada masa sama, baginda bertitah, mengubah sesuatu semata-mata atas agenda politik tidak menguntungkan sesiapa.

“Kita tidak melakukan perubahan hanya sekadar untuk melakukan perubahan. Menukar Perdana Menteri setiap tahun juga tidak menjamin apa-apa.

“Akibatnya, rakyat menderita, ekonomi merudum sehingga negara tidak stabil,” titah Seri Paduka. HM

Tukar PM tiap tahun tidak jamin apa-apa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker