Abu Hafiz keluar parti selepas Pejuang umum masuk PN

Abu Hafiz keluar parti selepas Pejuang umum masuk PN

Bekas ketua Pemuda Pejuang Abu Hafiz Salleh Hudin umum keluar parti itu hari ini.

Abu Hafiz berkata, tindakan itu susulan Pejuang memohon menyertai Perikatan Nasional (PN) seperti diumumkan Presiden Mukhriz Mahathir.



Katanya, keputusan itu berbeza dengan pendirian peribadi dan akademiknya yang melawan ekstremisme menyalahgunakan sentimen Melayu-Islam dan juga individu yang cuba memusuhi segala unsur Melayu-Islam.

“Saya mengambil inisiatif peribadi mengulas dan melawan ucapan, tulisan serta apa-apa naratif manipulasi agama bangsa secara terbuka yang digunakan secara melampau dalam PN terutama PAS.

“Oleh yang demikian, saya telah memaklumkan kepada pejabat setiausaha agung Pejuang akan pemberhentian keahlian saya hari ini bagi lebih memfokuskan kepada tugas akademik dan hal-hal lain.

“Semoga Pejuang dan kepimpinannya terus dibimbing Allah SWT dalam ranah politik Malaysia,” katanya dalam kenyataan.



Abu Hafiz berkata, beliau menghormati segala perancangan dan keputusan strategik ingin dibuat kepimpinan Pejuang selepas meletakkan jawatan sebagai ketua Pemuda pada 11 Dis lalu.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan termasuk rasa bertanggungjawab atas prestasi parti pada PRU15.

Terdahulu, Mukhriz berkata Pejuang memohon menyertai PN dan surat permohonan sudah dihantar kepada pengerusi gabungan itu Muhyiddin Yassin semalam.

“Keputusan untuk permohonan ini telah disepakati oleh Majlis Eksekutif Pusat Pejuang dua hari lepas setelah penelitian dan penilaian khusus semua opsyen-opsyen gabungan atau kerjasama politik yang ada,” katanya. FMT



Abu Hafiz keluar parti selepas Pejuang umum masuk PN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya tak peduli kalau dia hamil – Puteri Sarah



Janda dibunuh, dicincang oleh skandal

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 2)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker