Arab Saudi tangguh rundingan dengan Israel

Arab Saudi tangguh rundingan dengan Israel

Arab Saudi menangguhkan rundingan mengenai kemungkinan untuk kembali menormalisasikan hubungan dengan Israel, kata sumber kepada AFP hari ini.

Hamas sebelum ini melancarkan serangan ke atas Israel sehingga membunuh 1,300 orang dan Israel membuat serangan balas dengan pengeboman yang mengorbankan sekurang-kurangnya 1,900 di Semenanjung Gaza.



Sumber berkata, Arab Saudi memutuskan untuk menghentikan perbincangan mengenai kemungkinan normalisasi dan ia sudah dimaklumkan kepada pegawai Amerika Syarikat (AS).

Kerajaan Teluk, tidak pernah mengiktiraf Israel dan tidak menyertai Perjanjian Abraham 2020 diuruskan oleh AS yang menyaksikan jirannya di Teluk Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta Maghribi menjalin hubungan rasmi dengan Israel.

Pentadbiran Presiden AS, Joe Biden sudah berusaha sejak beberapa bulan lalu supaya Arab Saudi mengambil langkah yang sama.

Di bawah pemerintah de facto, Putera Mahkota Mohammed Salman, Riyadh menetapkan syarat untuk normalisasi termasuk jaminan keselamatan daripada Washington dan membantu membangunkan program nuklear awam.



Dalam satu temu bual bulan lalu, Putera Mohammed berkata ‘setiap hari kami semakin hampir’ dengan perjanjian, walaupun dia juga menegaskan isu Palestin adalah ‘sangat penting’ untuk Riyadh.

“Kita perlu menyelesaikan bahagian itu. Kita perlu meringankan kehidupan rakyat Palestin,” katanya.

Sejak seminggu selepas Hamas melancarkan serangannya ke atas Israel, Riyadh menyuarakan kebimbangan mengenai nasib rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang dikuasai Hamas, di mana Israel sudah melancarkan ribuan serangan dan mengarahkan pemindahan kawasan utara wilayah sehingga beribu-ribu orang melarikan diri.

Khamis lalu, media kerajaan Arab Saudi melaporkan bahawa Putera Mohammed sudah membincangkan ‘situasi ketenteraan semasa di Gaza dan sekitarnya’ dengan Presiden Iran, Ebrahim Raisi.



Ia adalah panggilan pertama antara kedua-duanya sejak negara mereka mengumumkan satu kejutan yang diketengahkan oleh China pada Mac selepas tujuh tahun memutuskan hubungan.

Semalam, Arab Saudi mengecam pemindahan penduduk Palestin di Gaza dan serangan ke atas ‘orang awam yang tidak mempunyai pertahanan’.

“Riyadh menegaskan penolakan mutlaknya terhadap seruan untuk pemindahan penduduk Palestin dari Gaza, dan kecamannya terhadap sasaran berterusan orang awam yang tidak berdaya di sana,” kata kementerian luar dalam satu kenyataan. AFP

Arab Saudi tangguh rundingan dengan Israel



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim



Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki



GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker