Kaum India dipinggirkan dalam belanjawan, timbalan menteri nafikan tuduhan

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) Saraswathy Kandasami menafikan dakwaan masyarakat India dipinggirkan dalam Belanjawan 2024.

Katanya, dakwaan tersebut sebagai datang daripada pihak yang tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai belanjawan.

“Belanjawan tahun ini tidak boleh dilihat hanya berdasarkan inisiatif-inisiatif yang khas kepada masyarakat India sahaja.



“Ia perlu dilihat secara keseluruhan,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari ini.

Naib presiden PKR itu berkata demikian selepas majlis perasmian pusat khidmat rakyat Naib Presiden PKR yang dirasmikan bekas presiden parti itu Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Terdahulu, beberapa NGO dan aktivis masyarakat India menyatakan rasa kecewa setelah mendakwa Belanjawan 2024 meminggirkan masyarakat India.

Ketika dihubungi, Pengerusi Pertubuhan Rapat Aman Malaysia (Rapat) A Rajaretinam berkata belanjawan ini bukti Perdana Menteri Anwar Ibrahim hanya pandai bercakap manis.



“Anwar yang bercakap tentang penderitaan kaum India dalam semua ceramahnya sejak 1998, tidak sepadan dengan kata-katanya dengan tindakan selepas memegang jawatan PM.

“Satu contoh yang ketara ialah peruntukan untuk sekolah Tamil dalam bajet ini tidak dinyatakan dengan jelas sedangkan bekas perdana menteri Najib (Abdul Razak) secara jujur menyatakan dengan jelas peruntukan RM100 juta untuk sekolah Tamil.

“Melihat kepada situasi ini, Najib nampak lebih ikhlas untuk masyarakat India Malaysia,” katanya.

Selain, dana Mitra RM100 juta juga tidak ditambah, Rajaretinam juga berkata PRU16 akan menjadi senario berbeza untuk PH sekiranya kerajaan madani terus meminggirkan kaum India.



Katanya, NGO dan masyarakat India secara amnya hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Anwar dan PH.

Belanjawan kali ini secara khususnya memperuntukkan RM100 juta kepada Mitra dan RM30 juta di bawah Tekun.

Namun, Saraswathy menjelaskan bahawa masyarakat India turut akan mendapat manfaat daripada inisiatif-inisiatif yang lain.

“Sebagai contoh, Belanjawan 2024 memperuntukkan RM44 bilion kepada Kuskop di bawah pelbagai inisiatif dan program.



“Ia bukan untuk kaum tertentu sahaja. Tetapi, kepada semua rakyat Malaysia yang layak menerimanya.

“Kementerian-kementerian yang lain turut memainkan peranan yang sama iaitu inisiatif dan program yang diumumkan adalah untuk semua kaum,” katanya.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim



Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker