Keadaan banjir 4 negeri tak berubah

Keadaan banjir 4 negeri tak berubah

Jumlah mangsa banjir di empat negeri tidak banyak berubah pagi ini yang menyaksikan penurunan kepada 23,008 orang berbanding 23,011 mangsa tengah malam tadi, yang ditempatkan di 103 pusat pemindahan sementara (PPS).

Laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kelantan kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 19,716 orang yang ditempatkan di 53 PPS di empat daerah sejak tengah malam tadi.



Berdasarkan laporan itu, di Pasir Mas sejumlah 30 PPS dibuka dengan menempatkan 15,586 mangsa membabitkan 5,102 keluarga, 11 di Kuala Krai (734 mangsa daripada 206 keluarga), 10 di Tumpat (3,231 mangsa daripada 1,147 keluarga) manakala 165 mangsa daripada 41 keluarga masih berlindung di dua PPS di Tanah Merah setakat 6 pagi ini.

Di Terengganu, jumlah mangsa merekodkan penurunan kepada 3,022 orang yang berlindung di 37 PPS pagi ini berbanding 3,025 orang di 37 PPS pada tengah malam tadi, di enam daerah yang terjejas iaitu Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu, Marang dan Setiu.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Johor pada pagi ini kekal sejak tengah malam tadi membabitkan 63 mangsa daripada 16 keluarga yang masih ditempatkan di tiga PPS di daerah Segamat.

Pahang juga menunjukkan trend sama apabila jumlah mangsa di enam lokaliti iaitu di Bera, Jerantut, Kuantan, Maran, Rompin dan Temerloh kekal dengan 207 mangsa daripada 60 keluarga yang ditempatkan di 10 PPS pada pagi ini.



Berhubung perkembangan terkini tanah runtuh di Cameron Highlands, Pahang, laporan itu memaklumkan jumlah mangsa bagi insiden itu kekal 87 orang daripada 17 keluarga yang masih berlindung di sebuah PPS yang dibuka di daerah itu.

Bagi tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran, tiga sungai di Kelantan iaitu Sungai Golok Pasir Mas, Sungai Kelantan Gua Musang dan Sungai Kelantan Kota Bharu berada pada paras bahaya.

Selain itu, di Terengganu, Sungai Terengganu Setiu juga berada di paras bahaya setakat 6 pagi tadi. FMT

Keadaan banjir 4 negeri tak berubah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah sudah disunting?



Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari

Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023



Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker