Lelaki Islam goda isteri orang masih boleh kena tindakan

Lelaki Islam goda isteri orang masih boleh kena tindakan

Walaupun Mahkamah Persekutuan membatalkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan seseorang menggoda atau memikat isteri orang, lelaki Islam masih boleh dikenakan tindakan atas kesalahan sama melalui Enakmen Jenayah Syariah Negeri.

Bekas Presiden Badan Peguam Malaysia, Salim Bashir, berkata pihak berkuasa agama negeri berhak mengguna pakai undang-undang jenayah syariah bersifat pencegahan dalam kes membabitkan gangguan rumah tangga.



Beliau berkata, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang betul apabila mengisytiharkan seksyen berkenaan tidak berperlembagaan kerana melanggar prinsip asas berhubung kesamarataan jantina.

“Pemansuhan itu dibuat kerana seksyen berkenaan mendiskriminasi jantina dan bertentangan dengan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan.

“Ia berikutan hanya suami boleh membuat aduan berdasarkan Kanun Acara jenayah dan dianggap tidak mempedulikan hak isteri.

“Kita perlu memahami undang-undang lapuk ini lahir daripada satu dapatan ketika era British Victoria dan India yang dicedok ke dalam Kanun Keseksaan negara kita,” katanya kepada BH, semalam.



Beliau mengulas kenyataan Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) susulan keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan seseorang menggoda atau memikat isteri orang.

DUPP berpandangan, peruntukan Seksyen 498 bertepatan dengan asas utama hukum syarak yang bertujuan mencegah keburukan (mafsadah) dan memelihara kebaikan (maslahah) hidup manusia.

Pelakuan menggoda atau memikat isteri orang jika tidak dianggap satu kesalahan, akan mendorong dan menggalakkan skandal, dan perbuatan terlarang iaitu perlecehan seksual dan perzinaan antara anggota jabatan, organisasi mahupun masyarakat secara umum.

Salim juga berkata, undang-undang itu menggambarkan wanita sebagai harta suami.



Justeru, tegasnya, isu permasalahan moral sahaja tidak boleh dijadikan kayu ukur dalam menilai kesahihan sesuatu peruntukan jenayah sivil jika bertentangan dengan Perlembagaan.

“Ia lebih ketara jika bersifat diskriminasi dan impak undang undang itu membabitkan semua kaum di negara ini.

“Isu kebebasan agama melalui peruntukan Perkara 11 Perlembagaan tidak langsung menjadi hal yang relevan dalam meneliti penghakiman ini.

“Dalam konteks kes sebegini, seseorang pasangan beragama Islam boleh dikenakan hukuman untuk khalwat mahupun zina selepas pembuktian kesalahan di Mahkamah Syariah,” katanya.



Seksyen 498 Kanun Keseksaan tidak lagi boleh diguna pakai dalam prosiding jenayah untuk mendakwa lelaki yang menggoda isteri orang selepas Mahkamah Persekutuan memansuhkan peruntukan itu.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, memutuskan demikian selepas membenarkan persoalan undang-undang yang dirujuk seorang ahli perniagaan dalam usaha mendapat perisytiharan seksyen berkenaan tidak berperlembagaan. BH

Lelaki Islam goda isteri orang masih boleh kena tindakan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sherie Merlis hangat bercinta dengan rakan artis?

Sudahlah Amy – Amir Ukays



Atilia kini bergelar pensyarah

Anak saya merintih 40 minit depan mata saya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker