Ibu tak sempat capai tangan anak terkapai-kapai

Ibu tak sempat capai tangan anak terkapai-kapai

“Saya nampak tangan anak terkapai-kapai, cuba capai tangannya tapi tak sampai,” kata Nabiha Che Muda, 21, ibu kepada seorang bayi lelaki berusia setahun tiga bulan yang ditemukan meninggal dunia akibat lemas.

Mangsa Firdaus Mohd Faisal terjatuh ke dalam paya yang terletak di sebelah kedai ibu saudaranya dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari di Taman Rantau Baru, Rantau Panjang, Kelantan, hari ini.

Menurut Nabiha berkata ketika kejadian dia membawa anaknya ke kedai berkenaan dengan untuk membantu sepupunya mencuci premis selepas dilanda banjir beberapa hari lalu.

“Saya cuba selamatkan anak dengan menghulurkan tangan untuk menarik tanganya, namun dia tenggelam dengan cepat dan hilang. Saya kemudian memangil sepupu untuk membantu namun kami tidak berjaya.

“Sepupu saya segera menelefon pihak bomba untuk meminta bantuan. Suami saya tidak ada bersama kerana baru dua hari lepas ke Bangkok, Thailand, untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan,” katanya dalam keadaan teresak-esak ketika ditemui media.

Mayat mangsa ditemukan skuad skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kira-kira jam 2 petang selepas hampir dua jam operasi menyelamat dijalankan.

Nabiha dan anak tunggalnya merupakan warganegara Thailand yang datang ke rumah emak saudaranya di Rantau Panjang sejak semalam.

Nabihah berkata dia tidak biasa dengan kawasan kejadian kerana hanya beberapa kali sahaja datang ke sini namun menyedari terdapat paya sebelah kedai adalah dengan paras air tinggi terutama ketika banjir.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan 1, Syamsul Faizal Mansor berkata pihaknya menerima panggilan telefon dan segera ke lokasi kejadian untuk misi mencari bayi berkenaan.

“Seramai sembilan anggota daripada pasukan pertama penyelamat turun ke lokasi dan menyelam untuk mencari mangsa namun masih belum ditemui.

“Usaha mencari dan menyelamat masih dilakukan dan berharap agar mangsa dapat ditemui segera,” katanya.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Mk

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sherie Merlis hangat bercinta dengan rakan artis?

Sudahlah Amy – Amir Ukays

Atilia kini bergelar pensyarah

Anak saya merintih 40 minit depan mata saya

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker