Jenazah M Daud Kilau dibawa pulang ke Bagan Datuk

TELUK INTAN: Suasana pilu menyelubungi Unit Perubatan Forensik Hospital Teluk Intan malam ini sebaik jenazah Allahyarham Datuk M Daud Kilau selesai dikafankan.

Balu Allahyarham, Datin Rohani Awang Ngah serta dua anaknya, Noraini Muhammad Daud, 58, dan Ahmad Zaini Muhammad Daud, 52, tidak dapat menahan sebak sewaktu mengucup wajah Allahyarham.

Hadir sama memberikan penghormatan terakhir adalah ahli keluarga terdekat serta sahabatnya

Penyanyi lagu malar segar Cek Mek Molek itu sebelum ini dilaporkan dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 12 Disember lalu selepas mengadu sakit kepala yang teruk.

Jenazah M Daud Kilau dibawa ke kediamannya di Kampung Sungai Balai Baroh, Bagan Datuk sebaik selesai urusan dokumentasi dan pengurusan jenazah di hospital tepat jam 8.55 malam tadi.

Menurut Ahmad Zaini, jenazah ayahnya akan disolatkan di Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Balai Baroh berdekatan kediamannya selepas Zohor, esok.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sherie Merlis hangat bercinta dengan rakan artis?

Sudahlah Amy – Amir Ukays

Atilia kini bergelar pensyarah

Anak saya merintih 40 minit depan mata saya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker