SPRM, Petronas perlu diletak dibawah Agong, bukan lagi Parlimen – Sultan Ibrahim

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu lebih banyak tanggungjawab diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong, termasuk pemantauan secara terus terhadap SPRM dan malah Petronas.

Sultan Ibrahim yang akan menjadi Yang di-Pertuan Agong tak lama lagi berkata dua badan itu perlu melapor secara terus kepada Istana Negara berbanding Parlimen.

Dalam wawancara bersama The Straits Times Singapura, baginda menyuarakan hasrat untuk membanteras rasuah.

“Sejak zaman moyang saya, kami adalah pemburu yang hebat. Beta akan pastikan apabila pergi memburu, beta bawa pulang hasil yang baik.

“Tetapi apabila beta di KL, ia hutan konkrit. Jadi apa yang beta buru?

“Beta akan buru semua orang yang korup, beta akan pastikan akan ada hasil,” titah Sultan Ibrahim.

Titah baginda lagi, dengan SPRM diletakkan di bawah Agong dan bukannya Parlimen, ia akan dapat menjamin kebebasan suruhanjaya itu.

“Ini bermakna anda tidak di bawah pengaruh mana-mana pihak dalam eksekutif.

“Malah Petronas juga tidak seharusnya di bawah Parlimen, melapor terus kepada beta.”

Pada masa ini, SPRM dan Petronas bertanggungjawab kepada kerajaan, bukan Parlimen.

SPRM sering dituduh dipengaruhi secara politik dengan bertindak ke atas seteru kerajaan persekutuan.

Sebelum ini, sejumlah pihak menggesa agar SPRM diletakkan di bawah Parlimen dan bukannya kerajaan. Mereka juga menggesa Parlimen yang diberi tanggungjawab dalam soal pelantikan, atau sekurang-kurangnya membuat penilaian, untuk jawatan utama dalam suruhanjaya itu.

Dalam wawancara itu, Sultan Ibrahim turut menggesa pelantikan kehakiman yang lebih bebas, dengan eksekutif tidak dilibatkan dalam proses tersebut.

Pada masa ini, hakim dipilih oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

Perdana menteri ada kuasa untuk melantik lima ahli suruhanjaya, menakala empat lagi diisi oleh hakim.

“Kami (Raja-raja) hanya dapat senarai (daripada Pejabat Perdana Menteri) ketika (mesyuarat) Majlis Raja-Raja.

“Mengapa anda tidak beri nama (kepada kami) sebelum anda lantik? Kami bukan rubber stamp,” titahnya lagi.

Pada November 2022, Majlis Raja-Raja Melayu berkata Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman perlu bebas daripada eksekutif.

Majlis Raja-Raja Melayu juga berkata pelantikan untuk lima ahli suruhanjaya perlu diserahkan kepada institusi seperti Majlis Peguam, Pertubuhan Undang-Undang Sabah, Persatuan Peguambela Sarawak dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, bukannya perdana menteri.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bila-bila masa bom jangka boleh meletup

Padu teguran David Teo kepada BCL

Kim Jong-un menangis rayu kaum wanita lahirkan anak

Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker