Nenek lebih tua daripada Israel dibunuh pengganas Israel

adiya Nassar dibunuh penembak tepat Israel di luar rumahnya.

GAZA: Seorang wanita warga emas Palestin yang tular di media sosial selepas mengatakan dia “lebih tua daripada Israel” ditembak mati oleh penembak tepat Israel di luar rumahnya.

Wanita itu, Hadiya Nassar, muncul dalam video di mana wartawan Palestin Saleh Aljafarawi, memegang kad pengenalannya, sambil berkata, “anda lebih tua daripada Israel”.

Nassar yang dilahirkan pada 1944, empat tahun sebelum penubuhan negara haram Israel menjawab, “sudah tentu, sudah tentu,” sambil menambah, “Saya berpegang kepada tanah (Palestin).”

Dalam video itu, Nassar berada di hospital dan sedang dirawat kerana kecederaan berikutan serangan udara Israel.



Aljafarawi mengesahkan kematiannya di laman sosial X pada Khamis, menulis: “Kamu telah syahid, kesayanganku. Semoga Tuhan merahmati kamu dan menempatkan kamu di syurga.”

Menurut Al Jazeera, sepupu Aljafarawi, yang merupakan jiran Nassar, memberitahunya bahawa mangsa dibunuh oleh penembak tepat Israel di luar pintu depan rumahnya.

Kematiannya berlaku ketika jumlah kematian akibat kempen ketenteraan maut Israel di Gaza mencecah 17,487 orang, termasuk 7,729 kanak-kanak, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.

Termasuk dalam angka itu ialah orang awam seperti ahli akademik Palestin dan penulis Refaat Alareer, yang menjadi sasaran dalam serangan udara Israel pada Khamis, bersama kakak dan empat anaknya.



Jumlah kematian orang awam di Gaza mendorong Doktor Tanpa Sempadan untuk menggambarkan kempen ketenteraan Israel di Gaza sebagai antara pembunuhan melulu. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bila-bila masa bom jangka boleh meletup

Padu teguran David Teo kepada BCL



Kim Jong-un menangis rayu kaum wanita lahirkan anak

Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker