Mayat pelajar kolej ditemui busuk atas katil rumah sewa

Mayat pelajar kolej ditemui busuk atas katil rumah sewa

KUALA LUMPUR: Mayat seorang penuntut kolej swasta ditemui atas katil dan sudah berbau busuk di rumah sewanya, sebuah apartmen dekat Jalan Metro Pudu 2, di sini, semalam.

Mayat lelaki warga Yaman berusia 24 tahun itu ditemui kira-kira jam 5 petang, semalam, selepas pihak polis menerima maklumat daripada orang awam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata, mayat berkenaan dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“Proses bedah siasat terhadap mayat lelaki berkenaan akan dijalankan hari ini bagi mengenal pasti punca kematian.

“Setakat ini, kita mengklasifikasikan kes terbabit sebagai mati mengejut (SDR),” katanya ketika ditemui di Balai Polis Setiawangsa, di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid dan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Seri Aidi Ismail hadir pada Majlis Perasmian Balai Polis Setiawangsa.

Mengulas mengenai kawalan keselamatan menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SBNJ), malam ini, Allaudeen berkata, pihaknya berharap tiada insiden tidak diingini berlaku.

“Kami memberi amaran tegas kepada mana-mana pihak yang cuba melakukan provokasi sepanjang perlawanan itu berlangsung nanti.

“Orang ramai dinasihatkan supaya mengikuti arahan pihak berkuasa di lapangan bagi mengelakkan kesesakan,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan seramai 1,400 anggota penguatkuasa dari pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi kawalan keselamatan SNBJ yang akan berlangsung perlawanan akhir Piala Malaysia.

Selain perlawanan akhir Piala Malaysia membabitkan Johor Darul Takzim (JDT) menentang Terengganu FC, turut berlangsung Program Setahun Bersama Madani’ yang bermula hari ini hingga Ahad ini di perkarangan SNBJ. BH

Mayat pelajar kolej ditemui busuk atas katil rumah sewa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak

Nampak macam mak awak ke, tanya Leona

Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin

Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker