Hans Isaac tak layak jadi bos PSM – Dr Akmal
Hans Isaac tak layak jadi bos PSM – Dr Akmal
Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Salleh membidas Hans Isaac sebagai tidak layak menduduki jawatan pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) susulan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil “kurang memuaskan” menjelang aksi final Piala Malaysia malam ini.
“Hans Isaac, kamu tak layak duduk di kerusi (jawatan PSM), ini bukan filem yang boleh berlakon hero,” katanya di Facebook.
Akmal turut menyindir aktor itu dengan mengatakan, sebagai pengerusi yang di luar bidangnya Hans perlu mendengar nasihat pihak lebih berpengalaman.
“Dengar nasihat pekerja bawahan sampailah pegawai atasan sebelum buat keputusan. Bukan dapat jawatan, lepas tu degil rasa diri hebat dengan jawatan yang ada. ‘Enough is enoughlah’, kata Adun Merlimau itu.
Final Piala Malaysia malam ini menemukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC.
Semalam, PSM membuat permohonan maaf disebabkan keadaan padang kurang memuaskan sambil menambah mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk membaiki dan mengembalikan padang ke tahap optimum selepas konsert Coldplay pada 22 Nov lalu.
PSM berkata, pihaknya juga komited melakukan penambahbaikan SOP untuk pengurusan acara di stadium itu pada masa depan.
Selain memohon maaf kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang menganjurkan Piala Malaysia, PSM turut memohon maaf kepada pasukan JDT dan Terengganu FC, penyokong mereka serta peminat bola sepak negara.
Kenyataan itu menyusul kritikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berhubung keadaan padang selepas konsert Coldplay yang dihadiri 75,000 peminat bulan lalu.
Sebelum ini, PSM memberi jaminan keadaan padang tidak akan terjejas jika ia digunakan untuk tujuan selain bola sepak.
Padang di stadium itu baru dinaik taraf, tetapi ketulan rumput tercabut hanya 45 minit ketika Malaysia menentang India dalam kejohanan Pestabola Merdeka Oktober lalu.
Tunku Ismail yang menaja rumput Zeon Zoysia bagi padang itu berkata, ia patut diberi masa dua hingga tiga bulan untuk akarnya kukuh sebelum padang boleh digunakan. MK
Hans Isaac tak layak jadi bos PSM – Dr Akmal
Baca Artikel Menarik:
- Isham Jalil kalau berani sila hadir mesyuarat MKT malam ini – Zahid
- Boikot Israel memberi kesan ketara kepada Starbucks
- Kes saman selesai tapi masih maki dan caci
- Mak Cik Kemboja, anak didakwa esok
- Penyewa tikam, kelar tuan rumah
- Azlan tak lafaz cerai, gaduh pasal bisnes
- Keluarga tebusan Israel berang selepas berjumpa Netanyahu
- Umno terhuyung-hayang jika bersama PN – penganalisis
- Dakwaan merogol adalah cubaan Israel fitnah dan cemar reputasi Hamas
- ‘Umpama mimpi’, Pengawal keselamatan terkejut dan terharu mendapat pengiktirafan dari Istana Negara
- Jovian, Nina Ismail Sabri bercerai sejak empat bulan lalu
- Isham perjelas selepas gambar bersama Khairuddin tersebar
- Influencer kantoi curang cerai talak tiga
- Jasmine Suraya dimaki tidak fasih berbahasa Melayu satu masa dahulu
- Ibu buat video lucah anak perempuan untuk lunas hutang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nampak macam mak awak ke, tanya Leona
Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin
Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya
You must be logged in to post a comment.