Shafee tuduh penganalisis Bank Negara berpakat dengan SPRM

Shafee tuduh penganalisis Bank Negara berpakat dengan SPRM

Peguam Muhammad Shafee Abdullah bertikam lidah dengan seorang penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung sama ada penganalisis itu berpakat dengan SPRM untuk meletakkan kesalahan kepada Najib Razak dalam kes rasuah 1MDB berjumlah RM2.27 bilion.

Shafee menjadikan suasana di mahkamah bertambah panas selepas dia menuduh saksi pendakwaan ke-47, Adam Ariff Mohd Roslan berpakat dengan SPRM.

Shafee: Saya katakan kepada anda yang sepanjang melakukannya (jejak wang 1MDB), anda jadi terlalu rapat dengan SPRM. Bukankah anda ditempatkan (dipinjamkan oleh BNM) dengan SPRM?

Adam: Dari 2018 sehingga sekarang.

Shafee: Anda menjadi SPRM, mentaliti anda adalah SPRM, anda tidak bebas.

Adam: Saya tak setuju.

Ini berlaku ketika pemeriksaan balas di mana Shafee menyentuh berkenaan keterangan panjang dan terperinci oleh Adam berhubung aliran masuk RM2.27 bilion dana 1MBD ke akaun bank Najib antara 2011 dan 2014.

Shafee juga bertanya Adam berkenaan kaedah analisis yang digunakan untuk mengesan jejak kewangan yang rumit di seluruh dunia yang didakwa menunjukkan berbilion dana dialihkan dari 1MDB kepada akaun bank Najib di Malaysia.

Keadaan bertambah panas apabila Adam berkata dia tidak memiliki penyata akaun bank berpangkalan di Riyadh yang didakwa dibentuk sebagai sebahagian daripada jejak kewangan itu.

Shafee kelihatan tidak berpuas hati apabila Adam memberitahu mahkamah bahawa dia tidak perlu ada akses terhadap penyata tersebut (kerana telah mengesan sepenuhnya jejak kewangan daripada dokumentasi yang dibuat entiti lain yang didakwa sebahagian daripada aliran dana itu).

Ketika perbicaraan sebelum ini, Adam dalam keterangannya berkata dia memulakan kerjaya di BNM sebagai intern di Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan BNM pada 2017 dan dia kemudian diserap sebagai penganalisis pada tahun sama.

Pada Jun 2018, dia dipinjamkan ke Pasukan Petugas 1MDB di SPRM dan setahun kemudian, menjadi penganalisis di BNM dan dinaikkan pangkat ke peranan pengurusan tahun lalu.

Hari ini, ‘suhu’ perbicaraan mereda sedikit apabila soalan Shafee menyentuh soal jika Adam ada menemui sebarang dokumen yang menunjukkan Najib memberi lampu hijau kepada aliran wang tersebut. Adam menjawab “tidak”.

Adam juga setuju dengan Shafee bahawa bukan tugasnya untuk menyimpulkan Najib bersalah atau tidak.

Perbicaraan di depan hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung minggu depan. Mk

Shafee tuduh penganalisis Bank Negara berpakat dengan SPRM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak

Nampak macam mak awak ke, tanya Leona

Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin

Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker