Layanan VIP terhadap Anwar ketika di penjara hanyalah fitnah ‘Abang Mat’
Jabatan Penjara menegaskan dakwaan seorang individu mengenai layanan istimewa terhadap Anwar Ibrahim ketika di Penjara Sungai Buloh adalah tidak benar serta berniat jahat.
Menerusi kenyataan, jabatan itu berkata pihaknya telah meneliti wawancara individu berkenaan yang mengaku sebagai bekas banduan di penjara Sungai Buloh menerusi sebuah rakaman video di Youtube.
Individu itu, yang mmperkenalkan dirinya sebagai ‘Abang Mat’ antara lain mendakwa terdapat “blok VIP” di penjara untuk ahli politik, dan Anwar pernah memintanya untuk membersihkan bilik berkenaan.
Menjawab perkara itu, jabatan penjara berkata, tiada bilik untuk menempatkan banduan VIP di Penjara Sungai Buloh dan mana-mana penjara lain seperti didakwa individu terbabit.
“Anwar telah ditempatkan di klinik Penjara Sungai Buloh di atas pengesyoran oleh pegawai perubatan kerana masalah kesihatan yang dialaminya.
“Hampir keseluruhan banduan yang ditempatkan di klinik penjara berkenaan adalah banduan warganegara Malaysia dan bukan hanya banduan warga negara asing,” jelasnya.
Dakwaan Anwar joging tanpa baju tak benar
Jabatan itu turut menjelaskan tiada sebarang tirai dipasang untuk melindungi bilik dasar bagi membolehkan kawalan dan pemerhatian dilakukan pegawai penjara.
Malah katanya, terdapat juga kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan tersebut sebagai bantuan kawalan.
Selain itu jabatan itu berkata dakwaan ‘abang Mat’ bahawa aktiviti senaman dilakukan pada sebelah pagi juga adalah tidak benar, sebaliknya aktiviti itu hanya dilaksanakan pada sebelah petang.
“Percakapan ‘abang Mat’ menyatakan Anwar berjoging hanya memakai seluar pendek dan tidak memakai baju juga adalah tidak tepat sama sekali,” ujarnya.
Menurut jabatan itu, bagi sesi lawatan, Anwar diberi layanan sama seperti banduan lain iaitu mengikut sistem peringkat dan bukannya pada setiap hari.
“Perjumpaan pula dilaksanakan di tempat lawatan dan bukannya di klinik penjara,” katanya.
Tambah jabatan itu, kemudahan ini turut diberikan kepada banduan lain dalam urusan berkaitan seperti kematian, perniagaan, pelajaran dan lain-lain urusan keluarga yang mustahak.
“Bilik penempatan banduan di klinik penjara termasuklah bilik Anwar tidak boleh diakses oleh mana-mana banduan lain.
“Seterusnya bilik tersebut turut dikawal oleh pegawai penjara yang dikhaskan untuk kawalan Anwar sahaja dan SOP yang disediakan tidak membolehkan banduan lain berada di situ.
“Bilik Anwar hanya menghadap dinding laluan petugas (pegawai penjara) dan hanya boleh dilihat dari pandangan hadapan bilik berkenaan. Maka, dakwaan ‘abang Mat’ dapat melihat Anwar dalam jarak 50 meter adalah mustahil dan satu rekaan cerita semata-mata,” katanya.
Anwar tak pernah langgar tatatertib
Jabatan Penjara berkata Anwar tidak pernah melanggar tatatertib dan sentiasa mematuhi peraturan penjara.
Jabatan itu menjelaskan semasa berada di hospital luar, Anwar dikawal rapi pada setiap masa termasuklah semasa pegawai perubatan membuat pemeriksaan, semasa lawatan oleh keluarga dan peguam.
“Selain daripada pihak yang dinyatakan di atas, tiada individu lain yang dibenarkan masuk dan berjumpa dengan Anwar.
“Begitu juga pelawat yang hadir iaitu keluarga dan peguam patuh kepada SOP penjara termasuklah pemeriksaan yang perlu dilaksanakan oleh pegawai penjara terhadap mereka,” tegasnya.
Sehubungan itu Jabatan Penjara berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis memandangkan dakwaan tersebut bukan sahaja menjejaskan imej jabatan itu malah menjejaskan imej Anwar sebagai Perdana Menteri.
Anwar dipenjarakan kali kedua dari 2015 hingga 2018 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah terhadapnya atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Pada Nov 2015, Malaysiakini pernah menyiarkan penjelasan seorang pegawai kanan Kementerian Kesihatan mengenai keadaan sel Anwar.
Selain katil hospital, terdapat pancuran mandi air panas dan sejuk yang dilitupi langsir selain tandas duduk disediakan untuk ahli politik itu.
Menurut pegawai berkenaan, Anwar tidak dikurung dan dibenarkan bergerak bebas di koridor sepanjang 50 meter.
Setahun selepas itu, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Ahmad Zahid Hamidi menolak dakwaan layanan buruk terhadap Anwar seperti didakwa pembangkang ketika itu.
Kata Zahid , atas syor pakar, Anwar diberi beberapa kemudahan termasuk katil khas, kemudahan air panas serta makanan seperti bijirin, susu rendah lemak, buah kurma dan madu.
Anwar dibebaskan pada 2018 selepas memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.
.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Zahid nafi letak jawatan, hidap kanser
- Letusan Marapi: 11 pendaki maut
- Bakal calon Perdana Menteri dari PN bertambah
- Penyamun kata ‘hai’ sebelum samun kedai emas
- Syaiful, Sharif juara FD3
- Adira terpaksa failkan penceraian kali kedua, Datuk Red sengaja lambatkan kes
- Haprak punya zionis, karpet Palestin pun nak ‘rembat’ [VIDEO]
- Rahsia 30 tahun terbongkar, bapa enggan jadi wali anak perempuan kerana tidak pernah berkahwin dengan ibunya
- Diserang netizen Indonesia, penyampai televisyen Israel mohon maaf
- Wanita cuba buka pintu MRT bergerak
- Syamel, Ernie calon peserta Famili Duo musim keempat?
- Bersaralah Hadi beri laluan pada Dr. Sam untuk terajui PAS
- Pemimpin Bersatu masih ‘menagih kasih’ UMNO untuk ke Putrajaya
- Polis prihatin ‘bantu’ ibu warga emas cari kotak tengah malam menyentuh perasaan [VIDEO]
- Hubungan Abang Viva, isteri pula didakwa retak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)
You must be logged in to post a comment.