Dr. Sam sebagai PM-11, Tuan Ibrahim dakwa ‘orang lain’ pun mampu juga

Kenyataan dibuat Muhyiddin Yassin bahawa Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon perdana menteri PN hanyalah sekadar cara pembangkang mahu melihat sokongan pengundi semasa pilihan raya kecil (PRK) di Kemaman.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, bahkan berkata sebenarnya ada ramai tokoh PN yang berkemampuan diketengahkan untuk menjadi perdana menteri.

“Perkara itu (Ahmad Samsuri sebagai calon perdana menteri) disebut Muhyiddin dalam kempen, itu hasrat (dia) untuk melihat sokongan (kepada PN) sajalah.



“Soal siapa jadi PM (perdana menteri), ramai dalam parti yang ada kemampuan, cuma peluang tidak pernah diberikan,” katanya.

Muhyiddin dalam sidang media di pada 27 Nov lalu tidak menafikan pencalonan Ahmad Samsuri dalam PRK Kemaman adalah langkah PN mengetengahkan menteri besar terbabit sebagai calon perdana menteri masa depan.

Kata presiden Bersatu itu, ia adalah langkah strategik gabungan terbabit, sekali gus memberi gambaran PN mempunyai ramai calon dan tokoh untuk diketengahkan.

Kata Tuan Ibrahim PAS memiliki ramai golongan profesional dan mempunyai kepakaran tertentu yang boleh diketengahkan sebagai pemimpin negara.



“Siapa kenal Sanusi (Md Nor) sebelum ini, siapa kenal Samsuri sebelum ni?

“Tidak ramai yang kenal sebab mereka tidak diberi peluang.

“PAS ada ramai lagi pimpinan yang hebat dan belum diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka.

“Dulu orang tengok PAS sebagai parti yang dianggotai ustaz saja, sekarang dah ramai profesional bersama kita,” katanya lagi.



Tak sama macam Kelantan

Sementara itu ketika ditanya mengenai pembentangan Belanjawan Pahang 2024 oleh Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail semalam yang tidak menyebut secara spesifik berkaitan peruntukan untuk Adun pembangkang, Tuan Ibrahim mengakui PN kecewa dengan tindakan tersebut.

Katanya Adun PN isu tersebut sudah dijelaskan kepada kerajaan negeri berkali-kali dan difahami Wan Rosdy bahawa ia bukan untuk ahli politik sebaliknya buat rakyat di kawasan masing-masing.

“Kalau dia (kerajaan Pahang) rasa bertanggungjawab, dia bagi… kalau dia tak bagi, kita akan jalan (beroperasi) seperti biasa,” katanya.



Pada masa sama Tuan Ibrahim mengakui isu peruntukan kepada Adun pembangkang tidak disentuh wakil rakyat PN semasa membahaskan belanjawan tersebut.

“Adun kita pun dalam perbahasan langsung tak sentuh dah (pasal peruntukan), mungkin sebab dah fed up (menyampah) agaknya,” ujarnya.

Untuk rekod Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah pada Mei lalu bertitah agar kerajaan negeri memberikan peruntukan adil kepada Adun pembangkang di negeri itu.

Baginda bertitah landskap politik negara perlu berubah berbanding masa lalu.



“(Tempoh) 66 tahun (sejak kemerdekaan) ini sepatutnya sudah matang dan yang menjadi kerajaan, raikan pembangkang kerana mereka juga dipilih oleh rakyat.

“Peruntukan yang adil perlu diberikan kepada mereka (pembangkang) juga,” titahnya.

Mengulas lanjut Tuan Ibrahim mengakui kerajaan Pahang ada menyalurkan peruntukan baru-baru ini lalu namun ia bukan seperti yang diharapkan.

“Dia bagilah sikit baru ni tapi dia bagi bukan sebagaimana dihasratkan oleh Tuanku.



“Cadangan Tuanku supaya peruntukan kepada Adun pembangkang diberi sama rata sebagaimana Adun kerajaan.

“Jumlah saya tak pasti, tapi besarlah termasuk pembangunan dalam kawasan kita, peruntukan untuk pusat khidmat dan kemudahan lain.

“Kalau di Kelantan seorang Adun dapat hampir RM250,000 dan kita (PAS) beri sama rata kepada pembangkang, Pahang tak bagi.

“(Kerajaan) Pahang dia bagi dekat Ramadan RM5,000 dan baru ni RM30,000 untuk projek di kawasan… itu bukan seperti dihasratkan oleh Tuanku.

“Dalam bajet 2024 langsung tidak disentuh dan sebagai ketua pembangkang saya sangat kecewa,” katanya.

Bekas menteri air dan alam sekitar itu menjelaskan Pahang memiliki surplus belanjawan sebanyak RM12 juta, justeru sepatutnya tidak ada masalah untuk menyalurkan bantuan lebih besar kepada pembangkang.

“Kalau kerajaan Kedah boleh bagi, Kelantan boleh bagi, Perlis bagi, Perak boleh bagi… negeri lain bagi termasuk Selangor (juga bagi), saya fikir Pahang agak peliklah… seolah-olah (kerajaan negeri) tak iktiraf sistem demokrasi yang rakyat pilih,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video dakwa BCL, Tiko mabuk di kelab malam tular

Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)

Dolla dah hilang ‘Melayu’?

Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker