Presiden UMNO jangan bermimpi di siang hari – MCA

Naib Presiden MCA, Tan Teik Cheng meminta Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi supaya menerima hakikat bahawa sokongan orang Melayu terhadap BN terus merosot.

Ini selepas presiden Umno itu mendakwa prestasi buruk BN pada PRK Kemaman baru-baru ini adalah disebabkan “pengundi putih” daripada gabungan itu tidak keluar mengundi.

‘Pengundi putih’ dalam konteks pilihan raya merujuk kepada penyokong tegar sesebuah parti.

“Zahid tidak seharusnya mimpi di siang hari atau berkhayal bahawa masih ada 10,000 ‘undi putih’. Sebaliknya, dia harus serius mengkaji mengapa Umno kehilangan sokongan,” kata Tan dalam satu kenyataan hari ini.

Kemaman merupakan kubu kuat BN sebelum gabungan itu kehilangan kerusi itu pada 2018.

Pada pilihan raya kecil Ahad lalu, PN memperoleh 70.1 peratus undi di kerusi itu.

Tan berkata daripada semua pilihan raya yang dijalankan sejak November tahun lalu menunjukkan undi Melayu berpecah antara BN dan PN.

Bagaimanapun, dia berkata BN dan Umno boleh memanfaatkan peranan mereka dalam kerajaan untuk meraih sokongan.

“Mereka (menteri Umno) seharusnya melaksanakan dasar yang memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan berkesan bagi meraih sokongan daripada semua kaum termasuk pengundi Melayu,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video dakwa BCL, Tiko mabuk di kelab malam tular

Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)

Dolla dah hilang ‘Melayu’?

Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker