Cabul 14 rakan OKU di asrama, pelajar berusia 13 tahun ditahan

PETALING JAYA: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian 14 pelajar lelaki dicabul seorang pelajar lain dalam kejadian di asrama sekolah menengah di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.

Ketua Polis Seberang Perai Utara, Mohd Asri Shafie, berkata laporan terbabit dibuat oleh pengetua sekolah berkenaan supaya siasatan dapat dilakukan.

Katanya, semua yang menjadi mangsa kejadian itu adalah pelajar orang kurang upaya (OKU) berusia lingungan 13 dan 14 tahun yang mengalami masalah pembelajaran, penglihatan, pendengaran dan autisme.



“Pengetua sekolah terbabit melaporkan 14 mangsa dicabul seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun di asrama sekolah itu.

“Suspek telah ditahan semalam untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Asri berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyembunyikan sebarang maklumat mengenai jenayah seksual terhadap kanak-kanak.



“Masyarakat juga diminta lebih supaya lebih peka dan prihatin dengan kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak kerana kejadian ini boleh memudaratkan kesihatan emosi dan mental yang berpanjangan sekiranya tidak dibendung lebih awal,” katanya.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa cium Siti Saleha?

Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega



Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan

Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker