Perang kedua kini berlaku di Tebing Barat, Palestin
Perang kedua kini berlaku di Tebing Barat, Palestin
TEBING BARAT: Golongan petani di Tebing Barat setiap hari berdepan dengan pencerobohan dan keganasan daripada penduduk haram Yahudi, sehinggakan mereka takut jika rumah dan tanah pertanian dirampas Zionis.
Serbuan yang dilakukan tentera Israel di beberapa bandar utama termasuk Jenin dan kem pelarian di Tebing Barat menyaksikan ratusan penduduk Palestin terbunuh serta ribuan lagi cedera.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, sekurang-kurangnya 237 rakyat Palestin terbunuh dan 2,850 lagi cedera sejak tentera Zionis melancarkan serbuan dan penahanan di tebing Barat sejak 7 Oktober lalu.
Seorang petani, Ayman assad, 45, berkata, dia dan keluarganya boleh mendengar dengan jelas bunyi serangan yang dilakukan tentera Israel di kem pelarian berhampiran rumahnya.
“Anak-anak saya ketakutan, kami tidak boleh tidur hampir setiap malam, mereka juga tidak mahu bermain di luar kerana takut ditembak tentera Israel.
“Kami boleh dengar bunyi serangan, letupan dan tembakan,” katanya.
Lebih menyedihkan, anak-anak Ayman juga tidak berani ke sekolah kerana tentera Zionis berkawal di mana-mana dan mereka belajar secara dalam talian.
Jelasnya, perkara yang menjadi kebimbangannya kini adalah ladang ternakan ayamnya.
“Saya risau jika ladang ayam itu diserang penduduk yahudi dan mereka merampasnya. Saya tidak mampu mempertahankannya bersendirian.
“Jika ladang itu dirampas, bagaimana saya mahu sediakan makanan dan keperluan untuk keluarga?,” soalnya sedih.
Rakyat Palestin terkenal dengan pertanian buah zaitun, minyak zaitun dan sayuran yang dieksport ke seluruh negara.
Dua minggu lalu, penduduk Yahudi menyerang ladang Milhem dengan melepaskan tembakan ke arah pekerja ladang dan mencuri buah zaitun.
Seorang daripada pekerjanya, Iman Abdallah jawabri, 45, berkata, penduduk Yahudi menyerbu ladang itu sambil membawa senjata api.
“Mereka merampas barangan kami termasuk duit dan telefon bimbit, selain memukul pekerja lelaki.
“Mereka mencuri buah zaitun kami semahu-mahunya dan kami hanya mampu melihat kerana bimbang ditembak,” ujarnya.
Sehubungan itu, penduduk Tebing Barat menyifatkan ‘perang kedua’ sedang meletus di wilayah itu selepas Gaza. Utusan
Perang kedua kini berlaku di Tebing Barat, Palestin
Baca Artikel Menarik:
- Alif Teega kahwin dua
- Cabul kakak ipar sedang lipat kain, buruh dipenjara 8 bulan, 1 sebatan
- PM Thai ucap terima kasih kepada Anwar bantu rundingan pembebasan tahanan di Gaza
- 3 pelajar Palestin ditembak di Vermont, AS
- Apakah ada konsert terkecuali dari enakmen Kelantan?
- Anwar sedia buktikan di mahkamah Muhyiddin tak hapus hutang peneroka Felda
- Khairy mahu Anwar rombak kabinet segera
- Sudahlah Hadi, tunggu je 4 tahun lagi
- Aksi tak senonoh di hospital, lelaki direman 4 hari
- Balu Abam doakan perniagaan Ali Puteh berjaya supaya dapat bayar hutang
- Shila, Tom, Ryan Bakery serta pasangan tersingkir jua
- GV10: Aliff Aziz tersingkir, Naqui nombor satu
- Nikki Palikat tak seksi – Ramli MS
- Isu KWSP satu tembakan buat Shuib
- Kekasih anak Fandi Ahmad kemalangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)