Carolan atur strategi baru

Carolan atur strategi baru

Carolan atur strategi baru
CAROLAN menyifatkannya sebagai satu proses pembentukan yang positif. FOTO Ihsan Konfederasi Hoki Malaysia

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara, Brendon Carolan, sudah mula merangka pelan taktikal yang lebih mantap bagi memperkemaskan corak permainan skuad bimbingannya demi merapatkan jurang prestasi dengan pasukan-pasukan gergasi dunia.

Carolan menegaskan, aspek benteng pertahanan dan kecekapan mengawal bola menjadi keutamaan yang perlu diperbaiki segera oleh skuad Speedy Tigers berdasarkan penilaian keseluruhan sepanjang kempen Kejohanan Piala Negara-Negara FIH di Afrika Selatan.

“Sudah tentu kami mahu meningkatkan pertahanan. Sekali lagi kami hanya perlu memperkemaskan pegangan bola kami, asakan pertahanan, dan juga kawalan di kawasan bulatan.

“Saya rasa jika kami bertambah baik di bahagian tersebut, kami boleh merapatkan jurang dengan empat pasukan di atas kami dalam kejohanan ini,” katanya.

Mengulas mengenai prestasi keseluruhan pasukannya yang mencatatkan empat kemenangan dan dua kekalahan, Carolan menyifatkannya sebagai satu proses pembentukan yang positif, biarpun sasaran asal mereka adalah untuk melangkah ke peringkat kalah mati.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kekalkan Kerajaan Stabil, Anak Muda Johor Diseru Terus Sokong BN


“Ia adalah satu cara terbaik untuk menamatkannya… Malang sekali kami kalah dalam dua perlawanan itu, tetapi ia adalah satu proses pembentukan bagi kami.

“Sudah tentu kami mahu berada di separuh akhir dan pusingan penentuan, kami sentiasa mahukannya.

“Tetapi, ia adalah satu jalan yang positif untuk memberi kami momentum untuk menghadapi dua bulan yang sangat sibuk bagi kami,” jelas beliau yang kini mahu fokus pasukannya segera beralih kepada siri jelajah menentang Afrika Selatan di dalam tempoh terdekat ini.

Sentuhan magis bimbingan Carolan itu terbukti membuahkan hasil apabila skuad negara berjaya menamatkan saingan kejohanan di tempat kelima selepas menundukkan Scotland 4-2 dalam aksi penentuan tempat ke-5 dan ke-6, semalam.

Dalam aksi bertenaga itu, pukulan penalti Faizal Saari seawal minit ke-8 membuka tirai jaringan, sebelum Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal (m-19) menggandakan kedudukan menerusi gol padang.

Scotland cuba bangkit memberikan tentangan menerusi jaringan Jamie Golden (m-32) dan David Nairn (m-44), namun gol padang Mohamad Akhimullah Anuar Esook (m-45) serta jaringan penalti kedua daripada Azrai Aizad pada minit ke-50 memastikan kemenangan mutlak kekal menjadi milik Malaysia.

Carolan atur strategi baru


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kasih Kepada Rakyat Diukur Melalui Tindakan, Bukan Pengumuman – Mohd Jafni

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker