Zi Yu sasar dua emas
Zi Yu sasar dua emas

Kuala Lumpur: Pemain badminton remaja sensasi negara, Low Zi Yu kini menggalas misi besar apabila menyasarkan dua pingat emas pada Kejohanan Badminton Remaja Asia 2026 yang akan berlangsung di Yatsushiro, Jepun bermula 26 Jun hingga 5 Julai ini.
Pemain muda itu bakal beraksi dalam dua acara iaitu beregu wanita bersama Genevie Lim serta beregu campuran bergandingan dengan Ahmad Redzuan Zulwaqqarizal Ahmad, sekali gus meletakkan sasaran tinggi untuk bergelar juara dalam kedua-dua acara berkenaan.
Zi Yu mengakui cabaran utama kali ini adalah dari segi keserasian terutama dalam acara beregu wanita selepas pasangan tetap sebelum ini, Noraqilah Maisarah Ramdan sudah tidak lagi layak beraksi akibat had umur.
“Dalam Kejohanan Remaja Asia saya akan bergandingan dengan pemain lain, jadi dalam latihan memang kami perlu memperkemaskan permainan. Sekarang kami akan pergi sana dan tengok bagaimana tetapi kami sedia berikan yang terbaik.
“Keserasian itu memang sudah ada tetapi perlu tengok betul betul ketika kejohanan berlangsung nanti. Sasaran sudah tentu saya mahukan pingat emas, kalau boleh dalam kedua dua acara,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Majlis Tahfiz Negara Pemangkin Masa Depan Generasi Huffaz – Ahmad Zahid
- Titah Pemangku Sultan Perkukuh Agenda Pembangunan,Kesejahteraan Rakyat
- Perkasa Aplikasi Digital, Manfaat Teknologi Demi Kemenangan PRN Negeri Sembilan
Najib Santuni Penduduk, Dekati Rakyat Melalui Program Komuniti Di Parit Yaani
Berdasarkan rekod dan pengalaman, Zi Yu dilihat tidak berdepan masalah besar untuk menyesuaikan diri di pentas kejohanan kerana dia sudah beberapa kali beraksi di tahap tertinggi bersama Noraqilah sebelum ini termasuk di Piala Uber 2026.
Pengalaman terbabit memberi kelebihan kepada pemain muda itu untuk lebih matang dalam mengawal tekanan di gelanggang.
Dalam masa sama, Zi Yu turut mengakui pendedahan dalam kejohanan Jelajah Dunia banyak membantu meningkatkan keyakinan serta prestasi semasanya.
“Saya rasa pengalaman bermain di tahap tertinggi memang membantu saya untuk belajar. Selain itu, ia turut membantu saya untuk membina keyakinan diri dan mempamerkan aksi terbaik dalam perlawanan,” ujarnya.
Dengan kombinasi pengalaman, keyakinan dan sasaran tinggi, Zi Yu kini bersedia untuk membawa cabaran negara ke pentas Asia dengan harapan pulang membawa pulang kilauan emas dari Jepun.
Zi Yu sasar dua emas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Peruntukan Kerajaan Adalah Hak Rakyat, Bukan Bahan Propaganda Politik
- Marilah Kembali Ke Rumah Bangsa Yang Tidak Pernah Gadai Prinsip Perjuangan
- Tengku Azman Bidas Hannah Yeoh, Label BN ‘Neraka’ Hina Usaha Bangunkan KL
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kasih Kepada Rakyat Diukur Melalui Tindakan, Bukan Pengumuman – Mohd Jafni
You must be logged in to post a comment.