Wei Chong kembali, sedia sahut cabaran baharu bersama Wooi Yik

Wei Chong kembali, sedia sahut cabaran baharu bersama Wooi Yik

Wei Chong kembali, sedia sahut cabaran baharu bersama Wooi Yik
WEI Chong ketika ditemui media pada sesi latihan skuad badminton negara di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, hari ini. FOTO RAIHANA MANSOR

Kuala Lumpur: Selepas dua bulan berehat daripada aksi kompetitif, pemain beregu lelaki negara, Man Wei Chong kembali menyertai sesi latihan sebagai persiapan menjelang penampilan sulungnya bersama Soh Wooi Yik di Terbuka Jepun di Tokyo, bermula 14 hingga 19 Julai ini.

Kepulangan semula pemain berusia 27 tahun itu ke gelanggang dilihat sebagai fasa penting dalam persiapannya membentuk keserasian baharu bersama bekas juara dunia berkenaan, sekali gus membuka lembaran baharu dalam karier beregu lelaki negara.

Wei Chong mengakui dia kini tidak mahu terlalu memikirkan tekanan atau ekspektasi, sebaliknya memilih untuk memberi tumpuan kepada proses membina keserasian bersama rakan gandingannya itu.

“Ada dalam tempoh dua ke tiga minggu lagi sebelum ke Terbuka Jepun, jadi kena buat kerja banyak kerana sudah dua bulan saya berehat.

“Memang kena ada bincang dengan Wooi Yik nanti untuk permainan kami.

“Dia salah seorang pemain beregu lelaki terbaik di Malaysia selain memiliki keputusan yang sangat bagus. Memang peluang terbaik untuk saya belajar dan ambil pengalaman,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Najib Santuni Penduduk, Dekati Rakyat Melalui Program Komuniti Di Parit Yaani

Gandingan baharu itu terbentuk susulan rombakan skuad beregu lelaki negara oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang menyaksikan beberapa pasangan utama diubah termasuk Aaron Chia dan Soh Wooi Yik serta Wei Chong bersama Tee Kai Wun.

Walaupun masih baharu, gandingan Wei Chong dan Wooi Yik dijangka menjadi antara kombinasi yang mendapat perhatian menjelang siri kejohanan antarabangsa seterusnya.

Lebih penting, Terbuka Jepun akan menjadi medan pertama untuk menilai keserasian sebenar pasangan itu di pentas kompetitif.

Pada masa sama, Wei Chong yang baru sahaja menandatangani kontrak Road to Gold (RTG) mengakui dia mahu memanfaatkan peluang itu sebaik mungkin bagi memastikan dirinya terus kekal dalam program elit itu.

“Ini kontrak selama setahun sehingga Disember tahun ini kerana ia sudah pun bermula sejak Januari lagi.

“RTG pun tidak beri tekanan sangat kepada kami kerana mereka tahu kami adlaah pasangan ‘scratch pair’,” ujarnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kekalkan Kerajaan Stabil, Anak Muda Johor Diseru Terus Sokong BN


Dengan sasaran jangka panjang ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28), pemain itu menegaskan dia tidak mahu terburu-buru, sebaliknya mahu memberi fokus kepada proses membina prestasi bersama pasangan baharu secara berperingkat.

Wei Chong kembali, sedia sahut cabaran baharu bersama Wooi Yik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kasih Kepada Rakyat Diukur Melalui Tindakan, Bukan Pengumuman – Mohd Jafni

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker