Harry Kane kecewa England disekat Ghana
Harry Kane kecewa England disekat Ghana

Foxborough: England gagal mengesahkan kemaraan awal ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2026 selepas diikat Ghana tanpa jaringan dalam aksi Kumpulan L di Stadium Gillette, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Thomas Tuchel turun dengan keyakinan tinggi selepas menewaskan Croatia 4-2 pada perlawanan pembukaan, namun kali ini mereka buntu untuk memecahkan benteng pertahanan lawan.
Keputusan itu menyaksikan England dan Ghana masing-masing mengumpul empat mata daripada dua perlawanan, sekali gus meletakkan kedua-dua pasukan hampir pasti mara ke pusingan 32 terbaik.
Bagaimanapun, kedudukan juara kumpulan masih belum ditentukan menjelang aksi terakhir kumpulan hujung minggu ini.
England menguasai sebahagian besar permainan dengan mencatat 19 percubaan berbanding hanya dua dilakukan Ghana, namun kegagalan memanfaatkan peluang menjadi punca mereka tercicir dua mata berharga.
Kapten England, Harry Kane mengakui pasukannya kecewa kerana gagal meraih kemenangan yang mampu mengesahkan kemaraan lebih awal.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Majlis Tahfiz Negara Pemangkin Masa Depan Generasi Huffaz – Ahmad Zahid
- Titah Pemangku Sultan Perkukuh Agenda Pembangunan,Kesejahteraan Rakyat
- Perkasa Aplikasi Digital, Manfaat Teknologi Demi Kemenangan PRN Negeri Sembilan
Najib Santuni Penduduk, Dekati Rakyat Melalui Program Komuniti Di Parit Yaani
“Sudah tentu kami kecewa kerana tidak menang.Ia perlawanan yang mungkin boleh kami menangi 1-0 atau 2-0 sebelum meneruskan saingan.
“Ia tidak akan menjadi perlawanan yang cantik kerana cara mereka bermain. Kredit kepada Ghana kerana bertahan dengan baik dan berbahaya menerusi serangan balas,” katanya.
Dalam keadaan cuaca sejuk dan lembap, England dilihat bergelut untuk mencari rentak terbaik dengan persembahan mereka mengingatkan kepada aksi kurang meyakinkan ketika Kejohanan Eropah 2024.
Walaupun begitu, keputusan seri itu masih meletakkan mereka di landasan baik untuk mara ke pusingan seterusnya.
England hanya perlu mengelak kekalahan ketika menentang Panama pada aksi terakhir kumpulan di Stadium MetLife, Sabtu ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Universiti Penyelidikan Terus Diperkasa, Terajui Penyelidikan Bertaraf Global Dalam Bidang Kritikal
- Melaka Terus Pacu Pembangunan, Perkukuh Kesejahteraan Rakyat
- Veteran UMNO Johor Tolak Dakwaan Sombong, Tegaskan UMNO/BN Sentiasa Bersama Rakyat
Kekalkan Kerajaan Stabil, Anak Muda Johor Diseru Terus Sokong BN
Ghana pula sekali lagi mempamerkan disiplin tinggi apabila berjaya menyerap tekanan berterusan daripada lawan yang berada 69 anak tangga lebih tinggi dalam ranking dunia.
Keputusan melantik jurulatih berpengalaman, Carlos Queiroz, sebelum kejohanan dilihat mula membuahkan hasil selepas mereka turut menewaskan Panama 1-0 dalam aksi pertama.
Pemain tengah berpengaruh Ghana, Thomas Partey kembali beraksi selepas terlepas perlawanan menentang Panama dan kehadirannya membantu memperkukuhkan jentera tengah pasukan.
Penjaga gol Ghana, Benjamin Asare turut muncul antara watak utama apabila melakukan beberapa aksi menyelamat penting untuk memastikan gawangnya tidak dibolosi.
England hampir memecahkan kebuntuan pada penghujung permainan apabila Bukayo Saka dinafikan Asare sebelum Nico O’Reilly menanduk bola terkena palang.
Kane yang menerima bola muntah bagaimanapun gagal memanfaatkan peluang apabila rembatan susulannya melambung tinggi.
Keputusan itu memastikan rekod England yang tidak pernah tewas kepada pasukan Afrika dalam sejarah Piala Dunia terus kekal, namun Ghana boleh berbangga kerana berjaya menghalang salah satu pasukan pilihan kejohanan daripada meraih kemenangan.
Harry Kane kecewa England disekat Ghana
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Peruntukan Kerajaan Adalah Hak Rakyat, Bukan Bahan Propaganda Politik
- Marilah Kembali Ke Rumah Bangsa Yang Tidak Pernah Gadai Prinsip Perjuangan
- Tengku Azman Bidas Hannah Yeoh, Label BN ‘Neraka’ Hina Usaha Bangunkan KL
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kasih Kepada Rakyat Diukur Melalui Tindakan, Bukan Pengumuman – Mohd Jafni
You must be logged in to post a comment.