Demam Piala Dunia lonjak tempahan topi koboi istimewa

Demam Piala Dunia lonjak tempahan topi koboi istimewa

Demam Piala Dunia lonjak tempahan topi koboi istimewa
Sepasang but koboi dipamerkan di hadapan televisyen yang menyiarkan aksi Lionel Messi dalam perlawanan Argentina menentang Austria di sebuah kedai pakaian barat di Houston, Texas. – Foto Reuters

Dallas: Piala Dunia 2026 bukan sahaja memberi impak kepada industri pelancongan dan perniagaan tempatan di Amerika Syarikat, malah turut membuka peluang kepada pembuat topi koboi eksklusif di Dallas untuk mengembangkan pasaran mereka ke peringkat antarabangsa.

Nicholas Fields, pengasas jenama American Haberdashery, kini menerima tempahan khas daripada penyokong pelbagai negara yang mahu menggabungkan identiti negara masing masing dengan ikon budaya Texas iaitu topi koboi.

Beroperasi dari bengkel kecil di kediamannya di pinggir Dallas, Fields menghasilkan topi buatan tangan yang direka mengikut cita rasa pelanggan dan mengambil masa sehingga enam minggu untuk disiapkan.

Menurutnya, tempahan bertemakan Piala Dunia mula diterima beberapa minggu sebelum kejohanan bermula dan permintaan terus meningkat apabila hasil kerjanya mendapat perhatian di media sosial.

“Kami mula menerima tempahan kira kira dua hingga tiga minggu sebelum kejohanan bermula dan minat semakin bertambah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kekalkan Kerajaan Stabil, Anak Muda Johor Diseru Terus Sokong BN


“Apabila kami memuat naik rekaan itu di media sosial dan orang ramai melihatnya, saya yakin permintaan akan terus meningkat,” katanya.

Setakat ini, Fields sudah menghasilkan topi khas untuk penyokong Mexico dan Kanada, selain menerima tempahan daripada peminat Belanda serta Jepun.

Katanya, dia gembira melihat penyokong menggunakan topi rekaan unik bagi menunjukkan semangat serta kebanggaan terhadap negara masing masing.

“Seronok melihat orang ramai mewakili negara mereka menerusi rekaan yang unik.

“Ada juga yang menyindir kerana saya belum menghasilkan topi bertemakan Amerika Syarikat, tetapi idea itu tidak datang daripada saya. Ia berlaku secara semula jadi dan mungkin akan muncul selepas ini,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Najib Santuni Penduduk, Dekati Rakyat Melalui Program Komuniti Di Parit Yaani

Harga bagi setiap topi bermula sekitar AS$700 (RM2,970) dan boleh meningkat bergantung kepada tahap kerumitan reka bentuk serta bahan yang digunakan.

Fields yang mempelajari kemahiran itu secara sendiri menghasilkan kurang daripada 100 topi setiap tahun dan lebih gemar mengekalkan pengeluaran pada skala kecil bagi memastikan kualiti produk sentiasa terjaga.

“Saya mahu mengekalkan jumlah pengeluaran yang rendah supaya kami dapat terus menghasilkan produk berkualiti tanpa kehilangan sentuhan kreatif.

“Jika kami cuba menghasilkan ratusan topi setahun dan menambah ramai pekerja, kami akan hilang kawalan terhadap proses kreatif,” katanya.

Walaupun menerima sambutan menggalakkan sempena Piala Dunia, Fields menegaskan dia tidak berminat menghasilkan topi yang terlalu keterlaluan atau bersifat jenaka semata mata.

Sebaliknya, setiap rekaan perlu mencerminkan identiti pelanggan dengan gaya yang elegan dan boleh dipakai untuk tempoh yang lama.

“Saya mahu pelanggan memiliki sesuatu yang unik dan bergaya, bukannya topi yang kelihatan lucu atau seperti watak kartun.

“Topi itu perlu mempunyai nilai dan identiti tersendiri yang tidak dimiliki orang lain,” katanya.

Demam Piala Dunia lonjak tempahan topi koboi istimewa

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kasih Kepada Rakyat Diukur Melalui Tindakan, Bukan Pengumuman – Mohd Jafni

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker