Tunas Angsana buru bintang hoki baharu
Tunas Angsana buru bintang hoki baharu

Kuala Lumpur: Penubuhan Kelab Hoki Tunas Angsana membuka lembaran baharu dalam usaha pembangunan sukan hoki negara apabila memperkenalkan Program Pembangunan Hoki Bawah 12 Tahun, iaitu program latihan percuma yang dikendalikan barisan jurulatih berpengalaman.
Program itu menyasarkan pembangunan bakat akar umbi dengan menyediakan platform kepada kanak-kanak untuk mempelajari asas hoki tanpa dikenakan sebarang bayaran.
Lebih menarik, program berkenaan diketuai Pengarah Teknikal Federasi Hoki Indonesia (FHI), Muhammad Dharma Raj Abdullah yang cukup dikenali dalam arena hoki tempatan selepas pernah membimbing skuad senior lelaki, wanita dan remaja lelaki negara.
Turut menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih ialah bekas pemain kebangsaan, Iman Gobinathan Abdullah dan Lam Mun Fatt selain bekas penjaga gol utama skuad wanita negara, Farah Ayuni Yahya.
Presiden Kelab Hoki Tunas Angsana, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata, fokus utama kelab itu adalah memberi peluang kepada kanak-kanak bawah 12 tahun mendapat latihan berkualiti daripada jurulatih berkaliber.
“Kelab hoki ini memberi fokus kepada kanak-kanak di bawah usia 12 tahun. Kami mahu memberi peluang dan ruang kepada mereka ini menerima latihan daripada jurulatih berkualiti antaranya Dharma Raj. Semua tahu populariti Dharma Raj yang juga bekas pemain hoki negara.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Universiti Penyelidikan Terus Diperkasa, Terajui Penyelidikan Bertaraf Global Dalam Bidang Kritikal
- Melaka Terus Pacu Pembangunan, Perkukuh Kesejahteraan Rakyat
- Veteran UMNO Johor Tolak Dakwaan Sombong, Tegaskan UMNO/BN Sentiasa Bersama Rakyat
Kekalkan Kerajaan Stabil, Anak Muda Johor Diseru Terus Sokong BN
“Setakat ini, jumlah pemain yang mendaftar sudah sekitar 100 lebih. Ia satu perkembangan yang baik dalam masa yang agak singkat. Mereka akan berlatih setiap hujung minggu.

“Matlamat akhirnya ialah selepas mereka berlatih serta mencapai tahap yang diharapkan, kami akan membentuk sebuah pasukan untuk bertanding di peringkat kebangsaan.
“Perbezaan kelab ini dengan kelab lain ialah mereka yang mahu menyertainya tak perlu membayar apa-apa walau satu sen. Ibu bapa hanya bawa sahaja anak mereka dan kami akan terus melatih anak-anak mereka,” katanya pada majlis pelancaran program pembangunan itu, hari ini.
Sementara itu, Dharma Raj menyifatkan program pembangunan berkenaan sebagai satu alternatif kepada pemain yang mungkin tidak berpeluang menyertai program pembangunan lain.
“Program pembangunan ini adalah sebagai alternatif kepada pemain yang mungkin tidak dapat menyertai mana-mana program pembangunan lain.
“Menariknya adalah kelab ini dapat membawa barisan jurulatih yang bagus dan antara yang terbaik di dalam negara supaya barisan pemain ini mendapat peluang yang sama rata seperti mana pemain dari program pembangunan lain,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Majlis Tahfiz Negara Pemangkin Masa Depan Generasi Huffaz – Ahmad Zahid
- Titah Pemangku Sultan Perkukuh Agenda Pembangunan,Kesejahteraan Rakyat
- Perkasa Aplikasi Digital, Manfaat Teknologi Demi Kemenangan PRN Negeri Sembilan
Najib Santuni Penduduk, Dekati Rakyat Melalui Program Komuniti Di Parit Yaani
Program pembangunan di bawah Kelab Hoki Tunas Angsana itu akan dijalankan setiap Sabtu dan Ahad di Stadium Hoki Tun Razak.
Tunas Angsana buru bintang hoki baharu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Peruntukan Kerajaan Adalah Hak Rakyat, Bukan Bahan Propaganda Politik
- Marilah Kembali Ke Rumah Bangsa Yang Tidak Pernah Gadai Prinsip Perjuangan
- Tengku Azman Bidas Hannah Yeoh, Label BN ‘Neraka’ Hina Usaha Bangunkan KL
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kasih Kepada Rakyat Diukur Melalui Tindakan, Bukan Pengumuman – Mohd Jafni
You must be logged in to post a comment.