Lelaki maut pecah kepala dalam kes langgar lari

Lelaki maut pecah kepala dalam kes langgar lari

SUNGAI PETANI: Seorang penunggang motosikal mengalami pecah kepala dan maut susulan terbabit dalam kejadian langgar lari di Jalan Pangkalan Lebai Man-Sungai Petani, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Zaidy Che Hassan berkata, setakat ini identiti penunggang motosikal terbabit belum diketahui disebabkan tiada dokumen pengenalan diri ditemui di lokasi.



Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku pada jam 7.50 petang membabitkan sebuah motosikal jenis Suzuki dan sebuah kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti.

“Kemalangan dipercayai berlaku ketika motosikal terbabit yang sedang bergerak dari arah Taman Sri Wang menghala ke arah Kampung Raja, hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

“Akibat daripada itu, motosikal terbabit bertembung dengan sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti. Sebaik pelanggaran, pemandu kenderaan itu bertindak melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zaidy berkata, impak pelanggaran yang kuat itu menyebabkan penunggang motosikal itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat.



Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian tampil membantu siasatan bagi mengesan pemilik kenderaan yang melarikan diri terbabit. Aw

Lelaki maut pecah kepala dalam kes langgar lari

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)



Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker