Alif segan dipuji Fadzilah Kamsah

Alif segan dipuji Fadzilah Kamsah

Artis versatil, Alif Satar kurang selesa dengan pujian diberikan pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berhubung keperibadiannya seperti yang dimuat naik dalam aplikasi X, semalam.

Bagi Alif, 33, dia bukanlah seorang yang sempurna untuk menerima pujian seperti itu kerana merasakan dirinya masih mempunyai kekurangan.

Malah, bapa kepada tiga cahaya mata itu berkata, dia sedikit pun tidak berbangga dengan pujian diterima, apatah lagi, ia dipercayai timbul daripada isu sensasi membabitkan pasangan pempengaruh media sosial, sejak semalam.

“Saya segan sebab pujian itu mungkin datang daripada berita negatif orang lain. Ia mungkin kedengaran kelakar dalam media sosial, tapi kehidupan orang lain yang terjejas dan banyak hati terguris mengenainya.

“Netizen pun komen pedas dan kelakar. Tapi, saya tak suka komen sebab tak tahu apa nasib masa depan dan pengakhiran hidup saya pun tak tahu bagaimana.

“Jadi, Fadzilah komen itu Alhamdulillah, tapi segala pujian itu semuanya bagi Allah. Saya sedikit pun tak rasa bangga dengan pujian. Orang boleh cakap apa-apa sama ada negatif atau positif.

“Saya tak berkenan jika pujian itu datang daripada berita tak baik orang lain. Saya pun terkejut apabila dapat mesej atau komen bertanya bila saya bernikah lain,” katanya pada sidang media konsert A Night With Alif Satar & The Locos And Anggi Marito di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Semalam, Fadzilah muat naik hantaran di aplikasi X yang memuji keperibadian dimiliki Alif dengan menyifatkan penyanyi itu mempunyai kehidupan seimbang dunia dan akhirat.

“Dalam banyak-banyak, Alif Satar je yang Tok Abah (panggilan Fadzilah) berkenan. Suara sedap, suka kongsi hal kecergasan dan ada asas agama yang mantap.

“Memang nampak gaya hidupnya seimbang dunia akhirat. Alhamdulillah!,” tulis Fadzilah di aplikasi X, semalam.

Pujian untuk Alif itu dipercayai timbul selepas kecoh isu kahwin dua secara senyap membabitkan pempengaruh media sosial, Alif Teega seperti yang dimuatnaik di Instagram (IG) miliknya, semalam.

Pada masa sama, Alif berkata, tidak seronok apabila pujian itu timbul daripada berita negatif orang lain kerana mungkin boleh memberi kesan kepada individu terbabit.

“Berat sebenarnya pujian itu, mana ada orang sempurna. Ini pun nasib baik Allah tutup aib saya. Kalau aib saya dibuka macam mana?

“Saya pun tak tahu apa jadi esok lusa kepada saya. Jadi, saya tak berani hendak kata apa-apa. Bila perkara ini terjadi, ia sebagai muhasabah kepada diri sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, Alif mengaku tidak terganggu dengan usikan netizen yang mengaitkan dirinya dengan isu terbabit hanya kerana memiliki nama yang sama.

Terbaharu, Alif bakal menjayakan Konsert A Night With Alif Satar & The Locos And Anggi Marito anjuran bersama Mutiara Optimum Sdn Bhd dan MND Sport & Event Sdn Bhd di Zepp Kuala Lumpur pada 7 Januari tahun depan.

“A Night With Alif Satar & The Locos And Anggi Marito bukan hanya mengenai kami sahaja, tapi saya melihat dalam konteks lebih besar apabila digabungkan dengan penyanyi Indonesia, Anggi Marito.

“Ini adalah silaturahim dua negara serumpun, mengenai muzik yang menjadi jambatan kepada pengkarya saling bertukar idea dan berkembang.

“Namun saya tidak mahu berbohong kerana sesungguhnya kami sangat teruja untuk bertemu peminat, lalu menghiburkan mereka selepas agak lama tidak membuat persembahan dengan durasi yang agak panjang,” katanya. BH

Alif segan dipuji Fadzilah Kamsah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker