Menangis tepi longkang, bayi baru lahir ditemukan

Bayi lelaki cukup sifat ditemui dalam sebuah beg pakaian yang ditinggalkan di tepi longkang di Ayer Tawar dekat Manjung pada Sabtu. Foto: ihsan pembaca

Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemukan orang awam dalam sebuah beg pakaian yang ditinggalkan di tepi longkang belakang deretan kedai di Taman Sentosa, Ayer Tawar di sini pada Sabtu.

Kejadian sekitar jam 8.15 malam itu disedari seorang lelaki berusia 45 tahun yang terdengar suara tangisan di belakang kedainya sebelum menemui bayi yang cukup sifat itu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, pasukannya bergegas ke lokasi kejadian dan bayi tersebut dihantar ke Hospital Seri Manjung.

“Bayi berkenaan berada di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) untuk rawatan serta pemantauan lanjut oleh pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).



“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang kecederaan luaran dan bayi itu disahkan dalam keadaan sihat,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Menurut beliau, usaha mengesan suspek dan waris bayi tersebut sedang giat dijalankan.

“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana mendedahkan serta membuang kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dengan niat.

“Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.



Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Munawara Ahmad di talian 011-16240391 bagi membantu siasatan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kriteria pemilihan tentera Al-Qassam

PU Syed tegur usahawan sensasi isu solat lepas subuh



Perebutan kuasa bakal berlaku di dalam Bersatu

Sikap ‘Humble’ Siti Nurhaliza, didedahkan Asyraf Khalid



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker