Ketua Polis Negara maklumkan Wahab kini gagal dihubungi

Selepas tujuh hari dipanggil, Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, masih belum tampil kepada pihak polis.

Setakat tengah hari tadi, Wahab masih gagal untuk tampil bagi membantu siasatan polis berhubung siasatan kes fitnah berhubung penularan rakaman video perbualan lucah membabitkan dirinya dan bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, menggunakan pelbagai cara dalam usaha mengesan Wahab.

“Meskipun sudah dipanggil untuk membantu siasatan, Wahab masih belum tampil untuk membantu polis berhubung siasatan kes berkenaan.

“Kita menggunakan pelbagai cara termasuk menghubunginya namun telefon bimbit miliknya dimatikan,” katanya kepada BH hari ini.

Razarudin berkata, tindakan polis mengesan Wahab melalui peguamnya juga menemui jalan buntu selepas lelaki berusia 33 tahun itu turut tidak menjawab panggilan.

“Justeru saya meminta kepada Wahab untuk segera tampil untuk proses rakaman percakapan bagi membantu siasatan sekaligus menyelesaikan kes berkenaan dalam kadar segera.

“Maklumat dan keterangan daripada Wahab amat penting sekaligus dapat mengesahkan peranan Mr H dalam kes berkenaan,” katanya.

Sebelum ini dalam satu sidang media di sebuah hotel pada di Bangi, Wahab mendedahkan tindakannya merakam perbualan antara dirinya dan Mohammad Agus didalangi seorang individu yang dikenali sebagai Mr H.

Jumaat lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, mengesahkan bahawa pihaknya sudah merakam percakapan tiga individu dalam kes berkenaan iaitu Mohammad Agus, individu yang dikatakan Mr H dan pekerja hotel lokasi sidang media diadakan.

Mohd Shuhaily berkata, siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajat kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kriteria pemilihan tentera Al-Qassam

PU Syed tegur usahawan sensasi isu solat lepas subuh

Perebutan kuasa bakal berlaku di dalam Bersatu

Sikap ‘Humble’ Siti Nurhaliza, didedahkan Asyraf Khalid

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker