Sikap ‘Humble’ Siti Nurhaliza, didedahkan Asyraf Khalid
Ushawan dan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid berkongsi tentang sikap merendah diri penyanyi nombor satu negara tersebut yang telah memberi impak positif terhadapnya.
Teladan yang baik
Menerusi temu bual bersama pelakon Rosyam Nor, Asyraf mengakui bahawa sebagai seorang anak yang lahir dalam keluarga yang senang, dia memiliki ego dan sukar mengawal emosi marah.
Saya kiranya macam anak orang yang senang jugalah. Selepas bapa berhenti kerja, saya rasa dia semakin berjaya dan senang.
Bila membesar sebagai anak orang senang, kita tak merendah diri sangat. Kita ada kita punya ego. Contohnya kalau kena parking kereta jauh, kita mudah nak marah.
Bagaimanapun, kehadiran Siti Nurhaliza sebagai ibu ternyata telah mengubah karakter dirinya menjadi lebih baik kerana keperibadian yang ditonjolkan oleh penyanyi tersebut.
Apabila Mak Iti masuk dalam kehidupan kami, dia adalah penyanyi nombor satu tapi dia sangat merendah diri dan menghormati semua orang.
Dari situ dapat belajar daripada orang-orang yang hadir dalam kehidupan kita. Kita ambil apa yang baik dan kita jadikan (pengajaran) untuk diri kita sendiri.
Dalam masa yang sama, Asyraf memuji tindakan pelantun lagu Cindai itu yang sentiasa menghargai peminatnya dan tidak pernah menolak permintaan mereka.
Awal-awal dahulu semasa Mak Iti kahwin dengan ayah, kami tengah makan kemudian ada orang nak ambil gambar. Masa itu saya rasa semak.
Tapi bila tanya Mak Iti dia kata, ‘kadang-kadang mereka ini dah minat 10 tahun, 15 tahun dan bila terjumpa sekali seumur hidup takkan kita nak tolak?’
Daripada situ saya faham perspektif peminat dan jadi tak kisah selepas itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengagumi Siti Nurhaliza bukan sekadar pada bakatnya malah akhlak dan budi bahasanya yang melambangkan adab yang tinggi.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Khlir, Tok Mat ‘berperang’ isu pencen tentera
- Kuala Lumpur ketiga terbaik di Asia, kelapan dunia untuk didiami
- Belajar tinggi-tinggi jadi drebar lori
- Pengundi tua tidak diperlukan di Kemaman
- Tak boleh boikot Mercedes?
- Janna tak tendang saya – Sheila Mambo
- Premis Aman Palestin diserbu SPRM, akaun bank dibekukan
- Thinaah, Pearley bergaduh?
- Profesor jatuh kerusi roda cetus debat kalangan netizen (Video)
- Buang masa pujuk orang tua tak reti bahasa – Hadi
- PN pulun pujuk pemimpin Umno untuk bergabung – Hadi
- Wanita ‘Mat Salleh’ buat hal, selamba bogel di lapangan terbang
- ‘Jangan jadi kancheong’, Aaron Aziz sound siapa?
- Siasatan Hakim Nazlan dirujuk ke Mahkamah Persekutuan, kerajaan & SPRM bantah
- Hukum berkahwin dengan sepupu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah
You must be logged in to post a comment.