Damailah di sana anakku (Video)

Damailah di sana anakku (Video)

Betapa tingginya iman dan tahap kesabaran bapa di Gaza, Palestin ini apabila masih mampu tersenyum saat merelakan kepulangan anaknya ke negeri abadi.

Dalam satu video tular, gelagat seorang bapa memeluk dan ‘berborak’ dengan jasad anaknya yang meninggal dunia akibat serangan Israel, pagi semalam, amat menyentuh hati.

Si bapa dilihat mendukung anak perempuannya dalam lingkungan dua tahun itu sambil bergurau senda seolah-olah anaknya masih bernyawa.

Dengan senyuman, bapa itu mengucup wajah anaknya selain turut cuba membukakan mata anak itu sebelum memeluk jasad kaku dan pucat itu berkali-kali.

“Pemberi semangat jiwaku, ke mana kamu hendak pergi nak? Alhamdulillah, semoga Allah bersamamu,” katanya saat menunggu giliran untuk anaknya dikafankan.

Lelaki itu kemudiannya meletakkan anaknya perlahan-lahan di tempat proses kafan mangsa meninggal dunia akibat konflik perang itu.

Dalam satu video berasingan, bapa sama turut dilihat membersihkan wajah anaknya itu yang penuh dengan kesan cedera sambil membetulkan ikatan rambutnya ketika menunggu giliran jasad itu dikebumikan.

Seorang lagi bapa di utara Gaza, menyentuh hati ramai selepas merakamkan swafoto terakhir bersama anaknya yang terbunuh dalam serangan Israel, pagi semalam.

Tanpa mempedulikan keadaan hiruk-pikuk dengan jasad bergelimpangan di sekelilingnya, si bapa melutut sambil memangku dan memeluk kaku bayi perempuannya sambil sebelah tangannya memegang telefon bimbit.

Bapa itu dilihat merakam swafoto bersama anaknya itu bagi mengabadikan kenangan terakhir mereka.

“Innalillahiwainnailaihirojiun,” katanya sambil tersenyum merakam detik terakhir bersama anaknya.

Secara rasminya, gencatan senjata empat hari bermula 1 tengah hari tadi (waktu Malaysia) sehingga ribuan penduduk mengambil peluang itu untuk pulang ke rumah masing-masing.

Trak bantuan kemanusiaan termasuk bahan api serta ambulans juga mula masuk melalui sempadan Rafah untuk mengambil mangsa cedera bagi mendapatkan rawatan di luar Gaza.

Setakat ini, angka korban dikeluarkan Pejabat Media Kerajaan di Gaza mencecah 14,854 orang, 7,000 mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan serta lebih 36,000 cedera. HM

Damailah di sana anakku (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kriteria pemilihan tentera Al-Qassam

PU Syed tegur usahawan sensasi isu solat lepas subuh

Perebutan kuasa bakal berlaku di dalam Bersatu

Sikap ‘Humble’ Siti Nurhaliza, didedahkan Asyraf Khalid

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker