Budak dipukul dengan kayu dalam kes buli

Budak dipukul dengan kayu dalam kes buli

Seorang kanak-kanak lelaki meraung sambil cuba melindungi dirinya dari dipukul dengan batang kayu selain turut disepak berkali-kali tanpa rasa bersalah di dalam sebuah bilik dan lokasi yang tidak dapat dikenal pasti.

Satu perkongsian video di aplikasi X berdurasi 50 saat memaparkan kanak-kanak berkenaan dipukul dengan batang kayu berkali-kali sambil disepak.



Menerusi video itu, kelihatan kanak-kanak berkenaan berusaha menghalang pukulan kayu dengan tangannya, namun, sia-sia apabila pembuli itu teruskan dengan sepakan.

Rayuan dan raungan kanak-kanak berkenaan juga tidak diambil peduli apabila dia berterusan dipukul serta disepak secara selang seli sambil tertawa.

Beberapa orang rakan sebaya yang turut berada di dalam bilik itu juga kekal berdiam diri tanpa sebarang usaha untuk membantu meleraikan perkara tersebut.

Sementara itu, warganet turut meninggalkan komen yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pembuli selain meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan setimpal.



“Dekat mana ni? Terbayang pula dekat anak aku,” komen @iamnalianailaje.

“Angkut semua dalam dorm tu untuk ambil keterangan kes. Jangan lepas seorang pun. Pembuli tu bersedialah kena hukuman,” tulis @yenxjeffrey.

“Berderau darah tengok video ni.. Kalau kena anak aku ni, ya Allah, tak tahulah jadi apa,” luah @AleesyaRianni. Utusan

Budak dipukul dengan kayu dalam kes buli



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kriteria pemilihan tentera Al-Qassam



PU Syed tegur usahawan sensasi isu solat lepas subuh

Perebutan kuasa bakal berlaku di dalam Bersatu



Sikap ‘Humble’ Siti Nurhaliza, didedahkan Asyraf Khalid

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker