Bapa tendang pemain bolasepak yang kasari anaknya

Bapa tendang pemain bolasepak yang kasari anaknya

KUALA LUMPUR – Insiden ganas kembali mewarnai saingan liga komuniti yang mana kali ini salah seorang bapa yang hadir untuk menyaksikan perlawanan menendang pemain yang didakwa mengasari anaknya.

Liga yang dikenali Liga Komuniti Isma B-16 tahun di Shah Alam itu dicemari dengan insiden pergaduhan yang membabitkan pemain dan seorang bapa pemain pasukan lawan yang bertindak ganas.

Lelaki terbabit didakwa gagal mengawal emosi selepas melihat anaknya dikasari dalam perlawanan tersebut yang terpaksa dihentikan akibat kejadian tersebut.

Pengadil dan beberapa petugas perlawanan kemudiannya tampil meleraikan pergaduhan tersebut namun ia berlarutan apabila si pelaku enggan mengalah dan menendang pemain tersebut.

Tiada kecederaan dilaporkan berlaku terhadap pemain dan pihak pengurusan pasukan membuat laporan polis berhubung pergaduhan yang berlaku.

Isteri kepada lelaki tersebut difahamkan telah membuat permohonan maaf atas kejadian yang berlaku dan memohon agar kejadian itu tidak dipanjangkan lagi.
Insiden seperti ini bukanlah kali pertama berlaku khususnya dalam saingan bola sepak akar umbi di Lembah Klang.

Sebelum ini, sebuah liga bertaraf Liga M5 di Putrajaya dicemari dengan insiden pergaduhan antara pemain dan pegawai dua pasukan yang sedang bertemu.

Rakaman video memeparkan pengadil perlawanan dan beberapa anggota keselamatan cuba meleraikan pergaduhan yang berlaku.

Kejadian lain melibatkan liga yang menjadi tempat pembangunan pemain muda iaitu Liga Suparimau yang merupakan liga rasmi kelolaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dicemari dengan insiden tidak diingini itu. MG

Bapa tendang pemain bolasepak yang kasari anaknya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mawar Rashid sah bercerai

Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah

Kilafairy buat hal lagi

Tarian Dolla berpakaian seksi jadi kecaman netizen

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker