Kriteria pemilihan tentera Al-Qassam

Kriteria pemilihan tentera Al-Qassam

Kriteria utama dalam pemilihan tentera al-Qassam dinilai melalui solat berjemaah terutama solat Subuh. Hanya dengan cara itu, kekuatan jiwa yang jitu dan teguh dapat dibina.

Kriteria ini juga yang menjadi senjata rahsia bagi Salahuddin al-Ayubi dan juga Muhammad al-Fatih dalam memilih pahlawan-pahlawan mereka, sewaktu menentang musuh-musuh Islam dalam Perang Salib dan menawan kota Kostantinopel.

Buktinya pahlawan-pahlawan ini berjaya mengalahkan musuh-musuh Islam yang mempunyai bilangan anggota yang jauh lebih besar dan kuat daripada angkatan Muslim.

Sememangnya solat subuh berjemaah mempunyai kehebatan dan keajaibannya yang tersendiri. Jika tidak masakan Baginda s.a.w. ada menyebutkan kepada sahabat,

“Sekiranya manusia mengetahui apa yang ada pada solat Isya’ dan Subuh berjemaah, nescaya mereka akan menghadirinya walau dengan merangkak.” (HR Bukhari)

Hadis ini menjadi bukti yang sangat besar betapa hebatnya solat Subuh yang dilakukan secara berjemaah. Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang begitu gemar memanfaatkan kelebihan waktu pagi.

Begitu juga dengan para sahabat dan alim ulama. Mereka percaya, waktu pagi adalah waktu yang mempunyai keberkatan dan kebaikannya yang tersendiri kerana ia telah didoakan secara khusus oleh Baginda s.a.w. dengan sabdanya,

“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun Subuh (mengerjakannya)” (HR Tirmizi & Abu Daud )

Orang yang dapat bangun waktu pagi dengan mendirikan solat Subuh berjemaah bukanlah calang-calang orangnya. Mereka ini telah diberi jaminan perlindungan daripada Allah S.W.T. melalui janji yang diungkapkan Baginda s.a.w.,

“Barang siapa yang menunaikan solat Subuh maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah akan menuntutnya sehingga Allah akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (HR Muslim, Tarmizi & Ibn Majah)

Penanda Aras

Sesungguhnya solat Subuh satu rahmat yang sangat besar daripada Allah terhadap hamba-Nya. Perlindungan yang diberikan mencakupi daripada segenap aspek, bukan sekadar fizikal semata, bahkan merangkumi spiritual dan mental.

Inilah senjata rahsia dan kunci kepada sebuah kemenangan. Hanya orang-orang yang mendapat rahmat Allah sahaja yang akan sentiasa dibantu dengan tentera langit.

Solat Subuh juga menjadi penanda aras keimanan seorang hamba terhadap pencipta Nya. Orang yang mengaku beriman hanya cukup diukur dengan solat Subuhnya sebagaimana sabda Baginda s.a.w.,

“Solat terberat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh, padahal seandainya mereka mengetahui pahala pada kedua-dua solat tersebut sudah pasti mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (HR Ahmad)

Hakikatnya, umat yang melalaikan solat Subuh adalah umat yang tidak layak untuk mengecap kejayaan. Mereka ini lemah daripada sudut spiritual dan fizikal. Mereka hanya mampu berkata “Kami beriman” tetapi ia hanya di mulut semata, tidak diungkapkan dengan tindakan dan keimanan sebenar.

Justeru, tepat sekali apa yang dikata oleh rabai Yahudi,

“Kami tidak akan pernah gentar dengan umat Islam, selagi mana jumlah jemaah solat Subuh tidak menyamai solat Jumaat”.

Bagi mereka, selagi mana kurangnya umat Islam berjemaah ketika waktu Subuh, selagi itulah umat Islam dalam keadaan lemah.

Sebaliknya jika sampai waktu jumlah jemaah Subuh menyamai solat Jumaat, ketika itulah umat Islam menjadi peluru-peluru hidup yang akan menakluki dunia. Dan peluru-peluru ampuh inilah yang pastinya akan menghancurkan Yahudi.

Kriteria pemilihan tentera Al-Qassam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mawar Rashid sah bercerai

Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah

Kilafairy buat hal lagi

Tarian Dolla berpakaian seksi jadi kecaman netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker