‘Kill Switch’ konsert Coldplay akan diaktifkan jika langgar garis panduan

‘Kill Switch’ konsert Coldplay akan diaktifkan jika langgar garis panduan

‘Kill Switch’ terpakai untuk konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur yang bakal berlangsung malam ini, jelas Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, perkara itu adalah perkara yang dibincangkan Agensi Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) dengan penganjur konsert itu.



“Ya (Kill Switch) adalah antara perkara yang dibincangkan dengan penganjur. Setakat ini, perbincangan PUSPAL dengan penganjur adalah positif.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga berkata kumpulan itu sangat menyokong Palestin. Kami optimis dengan konsert hari ini,” katanya bagi mengulas sama ada ‘Kill Switch’ terpakai untuk konsert Coldplay malam ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di ‘Digital Transformation Leaders’ CxO Summit – Intelligent Digital Transformation in the 5G Era’ anjuran GSMA bersama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) di sini, hari ini.

Bagi orang ramai yang akan menghadiri konsert kumpulan pemuzik berasal dari United Kingdom (UK) itu, Fahmi menasihat menggunakan kemudahan pengangkutan awam bagi kelancaran perjalanan ke konsert berkenaan.



Malah, katanya, kemudahan tempat solat tambahan juga disediakan untuk memudahkan pengunjung beragama Islam menunaikan solat.

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah meminta penganjur konsert bagi artis luar negara untuk mewujudkan ‘Kill Switch’ bagi mengelakkan insiden yang dilakukan oleh kumpulan The 1975 pada Good Vibes Festival 2023 berulang.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching baru-baru ini dilaporkan berkata, ‘Kill Switch’ itu untuk menghentikan konsert berkenaan atau memutuskan bekalan elektrik supaya persembahan itu tidak dapat dijalankan.

Katanya, perkara itu ialah garis panduan daripada insiden yang berlaku sebelum ini dan kementerian berharap dengan garis panduan yang lebih ketat dapat memastikan bahawa persembahan yang dilakukan oleh artis luar negara dapat mengikut budaya di Malaysia. BH



‘Kill Switch’ konsert Coldplay akan diaktifkan jika langgar garis panduan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah



‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel

Rusdi Ramli, Sharon berpisah?



Nak maki sampai bila – Ali Puteh



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker