Khairuddin dakwa Langkah Dubai ciptaan Zahid

Khairuddin dakwa Langkah Dubai ciptaan Zahid

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad tidak terbabit dengan Langkah Dubai yang tidak wujud, kata orang kuatnya, Khairuddin Abu Hassan.

Pengerusi Mobilisasi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu itu berkata, pihaknya tidak tahu menahu mengenai Langkah Dubai yang didakwanya dicipta oleh Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.



“Sesungguhnya, kami tidak tahu menahu tentang ‘Langkah Dubai’ yang pada hakikatnya tidak pernah wujud tetapi diciptakan demi agenda politik presiden Umno.

“Bagaimana nak tuduh kononnya Tun M (Mahathir) terlibat dengan ‘Langkah Dubai’ di mana perkara tersebut tidak pernah wujud.

“‘Langkah Dubai’ adalah satu imaginasi liar yang berbentuk ilusi tanpa asas kebenaran.

“Ini semua cerita dongeng yang direka untuk memulihkan kekuatan kedudukan presiden Umno semata-mata,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.



Khairuddin diminta mengulas mengenai dakwaan pihak tertentu yang mengaitkan Dr Mahathir dengan gerakan menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Semalam, Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan memang wujud gerakan mahu menjatuhkan kerajaan – digelar ‘Langkah Dubai’ – seperti dilaporkan beberapa hari lalu. Mk

Untuk nota Langkah Dubai ini telah didedahkan oleh J-Kom, jadi kalau nak kata ciptaan Zahid adalah sesuatu yang tidak betul.

Khairuddin dakwa Langkah Dubai ciptaan Zahid



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf



Suami isteri merupakan guru dan doktor ditemui mati di kondominium

Suami tak sedar diri ambil harta saya beri perempuan lain – Hajar (Video)



Pak belang muncul di Jalan Kuala Balah-Dabong

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker