Dr Amalina Akhirnya Dedah Wajah Anak

Comel Sungguh Arabella Mia!

Dr Amalina Akhirnya Dedah Wajah Anak

Dr Amalina Akhirnya Dedah Wajah Anak

Jika sesiapa yang sering mengikuti laman sosial Instagram milik Dr Amalina Bakri pasti menyedari dia jarang sekali berkongsikan secara jelas wajah cahaya mata pertamanya, Arabella Mia itu secara langsung kepada umum.

Namun, khas buat meraikan majlis resepsi perkahwinannya bersama suami, Alexander Charles yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini, Dr Amalina akhirnya mendedahkan wajah puterinya itu buat tatapan semua.

Berkongsikan foto-foto menarik sepanjang majlis itu berlangsung, kedua ibu bapa mentua Dr Amalina, 36, turut hadir memeriahkan lagi majlis tersebut.

“Hari yang mengujakan! Minggu lalu merupakan satu momen bahagia dalam hidup kami.

“Selepas mendirikan rumah tangga lebih dua tahun, akhirnya kami dapat meraikan majlis ini bersama ahli keluarga serta sahabat handai di KL.


Baca Artikel Menarik:

Janna Nick Pakai Seluar Putih Sampai Nampak Seluar Dalam


View this post on Instagram

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)

 

“Saya jarang kongsikan gambar Arabella di Instagram tapi majlis perkahwinan kami sangat istimewa.

“Oleh itu, saya mahu berkongsikan beberapa keping gambar anak perempuan kesayangan kami,” tulis Dr Amalina di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, netizen berasa cukup teruja akhirnya dapat melihat wajah Arabella yang selama ini ‘disorok’ oleh ibunya.

“Gembira akhirnya dapat tengok Baby Arabella!

“Macam anak patung Arabella.


Baca Artikel Menarik:

Senarai Calon ABPBH 35

“Untung pretty Arabella. Dapat join sekali wedding mum and dad. Nanti dah besar no more argument, ‘Kenapa saya tak ada’,” komen beberapa netizen.

Untuk rekod, Dr Amalina yang kini berkhidmat sebagai pakar bedah di London berkahwin dengan Alexander pada 31 Mac 2021 di Masjid Central London.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Arabella Mia yang dilahirkan pada Oktober 2022

 

Dr Amalina Akhirnya Dedah Wajah Anak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Neelofa Masih Menjadi Pilihan Syarikat Antarabangsa

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker