Tidak mampu bayar ambulan RM439.50, bapa terpaksa bawa jenazah anak menaiki bas

Seorang bapa di India terpaksa menempuh perjalanan 200 kilometer dengan menaiki bas bersama mayat anaknya yang berusia lima bulan di dalam beg kerana tidak mampu membayar tambang ambulans, lapor portal berita Independent semalam.

Insiden berlaku di negeri Bengal Barat pada Ahad lalu. Ashim Debsharma  menaiki bas selepas pemandu ambulans meminta bayaran 8,000 rupee (RM439.50) untuk membawa dia dan mayat anaknya pulang dari Siliguri ke Kaliaganj.

“Anak lelaki saya berusia lima bulan meninggal dunia semasa dirawat di Hospital dan Kolej Perubatan Bengal Utara (NBMCH) di Siliguri selama enam hari. Saya membelanjakan 16,000 rupee (RM879) untuk rawatan tersebut,” katanya.



Menurut Ashim, pemandu ambulans meminta tambang 8,000 rupee untuk membawanya pulang ke rumah. Oleh kerana wangnya tidak cukup, dia memasukkan mayat anaknya ke dalam beg dan menaiki bas untuk  pulang ke Kaliaganj.

Lelaki tersebut berkata, dia menghubungi perkhidmatan ambulans di nombor 102, namun diberitahu bahawa kemudahan percuma itu hanya untuk pesakit dan bukan penghantaran mayat, lapor portal berita NDTV.

Ashim menaiki bas tanpa meminta bantuan daripada penumpang atau kakitangan kenderaan itu kerana bimbang jika mereka menemui mayat anaknya, dia akan diminta  turun daripada  bas  tersebut.

Pihak berkuasa hospital bagaimanapun berkata, dia tidak menghubungi pihak pengurusan untuk mendapatkan ambulans.



“Pihak NBMCH tidak mempunyai kenderaan jenazah sendiri tetapi jika keluarga kurang berkemampuan memintanya, kami akan mengaturkannya melalui jawatankuasa kebajikan pesakit,” kata Penguasa hospital itu, Dr. Sanjay Mallik seperti dilaporkan akhbar Hindustan Times

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Amalina Akhirnya Dedah Wajah Anak



‘Ex Founder’ Dedah Taktik Kotor ‘Geng Founder Pantai Timur’

Diva AA Berang Ada Individu Tiru Gaya Percakapannya?



atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Amalina Akhirnya Dedah Wajah Anak

‘Ex Founder’ Dedah Taktik Kotor ‘Geng Founder Pantai Timur’

Diva AA Berang Ada Individu Tiru Gaya Percakapannya?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker