Hospital utama Gaza jadi kubur besar

Hospital utama Gaza jadi kubur besar

GAZA: Pihak pengurusan hospital utama Gaza terpaksa mengebumikan puluhan pesakit dalam kubur besar di pekarangan hospital itu, kata pengarahnya semalam, manakala ribuan rakyat Palestin terperangkap di dalam akibat pertempuran sengit.

Hospital Al-Shifa, hospital terbesar di Gaza menyaksikan pesakit dan orang yang berlindung terkandas dalam keadaan mengerikan di kemudahan itu, yang menurut Israel terletak di atas pusat kawalan Hamas bawah tanah yang tuduhan itu dinafikan kumpulan pejuang berkenaan.



“Terdapat mayat bersepah di kompleks hospital dan tiada lagi bekalan elektrik di bilik mayat,” kata Pengarah Hospital Al-Shifa, Mohammad Abu Salmiya, sambil menambah 179 mayat dikebumikan setakat ini.

“Kami terpaksa mengebumikan mereka dalam kubur besar,” katanya, sambil menambah tujuh bayi dan 29 pesakit rawatan rapi adalah antara mereka yang maut selepas kehabisan bahan api untuk jana kuasa hospital.

Seorang saksi berkata, bau busuk mayat yang reput terdapat di mana-mana di kemudahan Gaza City itu berikutan pengeboman dan tembakan terus di kawasan itu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan sekurang-kurangnya 2,300 orang terdiri daripada pesakit, kakitangan dan orang awam yang dipindahkan berada di dalam dan mungkin tidak dapat melarikan diri kerana pertempuran sengit.



Israel berikrar memusnahkan Hamas sebagai tindak balas terhadap serangan 7 Oktober, yang membunuh kira-kira 1,200 orang.

Kementerian kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas berkata serangan tanpa henti Israel meragut 11,320 nyawa, kebanyakan orang awam, termasuk beribu-ribu kanak-kanak. BH

Hospital utama Gaza jadi kubur besar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy



Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker