Perlantikkan Sultan Ibrahim sebagai Agong perkukuhkan kerajaan perpaduan
KUALA LUMPUR: Pemilihan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dipercayai berupaya menyuntik roh dan tenaga kepada takhta pemerintahan Kerajaan Persekutuan.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, pendirian tegas dan konsisten baginda terhadap rakyat negara
ini pastinya memberi jaminan dan keselesaan kepada semua pihak.
“Rakyat negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, serta pendirian baginda yang menolak amalan perkauman dan mementingkan amalan toleransi antara kaum mahupun kebebasan agama lain itu pastinya memberikan jaminan dan keselesaan, bahawa rakyat pelbagai kaum dan pelbagai agama akan diberikan perlindungan dan layanan secara adil dan saksama.
“Semoga baginda dilimpahi nur dan petunjuk Ilahi, meneruskan kesinambungan institusi Yang di-Pertuan Agong yang selama ini menjadi pelindung amalan demokrasi, tiang seri keharmonian rakyat dan nadi perpaduan negara, serta mempertemukan pemimpin dan rakyat jalan lurus yang mendapat keredaan Ilahi,” titah baginda ketika
Sambutan Ulang Tahun Hari Keputreraan ke 67 Sultan Perak, hari ini.
Pada 27 Oktober lalu, Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 memilih Sultan Ibrahim sebagai Agong berkuat kuasa 31 Januari 2024.
Pemilihan Sultan Ibrahim itu bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan pada 30 Januari tahun depan.
Dalam mesyuarat khas itu, Majlis Raja-Raja turut mengisytiharkan Sultan Nazrin sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.
Sementara itu, Sultan Nazrin bertitah, Agong adalah Kepala Utama Negara bagi Persekutuan seperti yang ditetapkan dalam Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.
“Institusi Yang di-Pertuan Agong bukan sekadar simbolik, berbentuk hiasan atau ceremonial, sebaliknya menjadi pelindung kepada amalan demokrasi, tiang seri kepada keamanan negara dan nadi kepada perpaduan negara,” titah baginda.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Israel bedil tiga sekolah PBB tempat 20,000 penduduk Gaza berlindung
- Banyak ‘suara’ mahu PN ambil alih kerajaan – Hamzah
- ‘Kalau ibu mati, Esya jaga ayah ye’
- Baru saja kahwin semula, ini didedahkan Fizi Ali
- Momen yang dinanti Liza Hanim telah tiba
- Adi Putra kini suami Siti Sarah
- Pemancing terkejut lihat lelaki berjalan tengah laut
- Tan Sri Azman Hashim tawan Gunung Kinabalu pada usia 84 tahun
- Angelina Jolie akhirnya mengecam Zionis, kutuk pengeboman Jabalia
- Skrip Surat Dari Tuhan ajar penonton benda tak elok – Mohd. Naim
- Siap sedia untuk sebarang kemungkinan – Tok Mat
- Main kasar kau ni – Azhar Sulaiman
- Ada pihak kacau Minggu Solidariti Palestin – Fadhlina
- Shila Amzah dah ‘burnout’
- Mengeluh bayar RM420 servis kereta H
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris
Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’
You must be logged in to post a comment.