Ling Ching mampu sumbang mata buat skuad Piala Uber negara
Ling Ching mampu sumbang mata buat skuad Piala Uber negara

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan sedang meningkat naik, Wong Ling Ching mampu menghadirkan kejutan dan menghasilkan mata bagi skuad Piala Uber negara di Horsens, Denmark bermula 24 April sehingga 3 Mei ini.
Pemain berusia 22 tahun itu mempamerkan prestasi cemerlang sejak akhir-akhir ini, termasuk hampir menumbangkan bekas juara dunia dari India, P V Sindhu di pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC), minggu lalu.
Bagi Ling Ching, segala pengalaman berharga itu meningkatkan motivasinya untuk menggalas tugas pada saingan Piala Uber apabila dia dijangka diturunkan selaku perseorangan kedua negara.
“Saya sangat bersyukur kerana mendapat peluang bermain dengan pemain terbaik dunia.
“Saya sudah belajar sesuatu kerana setiap pemain memiliki kelebihan berbeza,” kata pemain kelahiran Miri, Sarawak itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Umum Bantuan Tunai Tambahan RM75 Juta Bagi Pengguna Diesel
- UMNO Ke- 80: Digitalisasi Dan Transformasi Dekati Anak Muda – Nur Arina
- Kerajaan Negeri Johor Selaras Isu Rakyat, Pastikan Tindakan Lebih Fokus dan Berimpak
Agama Bukan Alat Untuk Raih Sokongan Politik Murahan – Shaiful Hazizy
Pada saingan di Horsens, skuad badminton wanita negara diundi dalam Kumpulan B bersama juara enam kali, Jepun serta Turkiye dan Afrika Selatan.
Dengan sasaran mara ke suku akhir, Malaysia dilihat tidak berdepan masalah untuk melangkah ke pusingan kalah mati itu memandangkan dua pasukan teratas akan melepasi saingan peringkat kumpulan.
Ling Ching mengakui untuk menewaskan Jepun pada peringkat kumpulan mungkin sukar, namun dia percaya mereka mahu mencuba sebaik mungkin.
“”Saya rasa kejutan (ke atas Jepun) adalah dari segi prestasi dan tidak fokus kepada keputusan.
“Pada pandangan jurulatih, mereka memang nampak usaha kami dalam latihan, jadi mereka ada keyakinan itu.
“Kalau cakap mengenai kemenangan (juara) memang ia agak sukar, tetapi kali ini semangat kami semua sudah meningkat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Reset Untuk Kembali Segar, Relevan Dalam Landskap Politik Semasa
- Puteri UMNO Adaptasi Aspirasi Anak Muda, Bukan Masa Bernostalgia
- Keyakinan Terhadap Najib Razak Tidak Luntur, Hadapi Perbicaraan – Ahmad Maslan
UMNO Cawangan Perlu Jadi “Rumah Bangsa”, Dekat Dengan Isu Rakyat
“Bagaimanapun, perseorangan pertama dan kedua kita masih jauh dengan negara Asia yang lain,” katanya.
Pencapaian terbaik Malaysia pada saingan Piala Uber adalah melangkah ke suku akhir ketika edisi 2010 yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Pada kempen kali ini, skuad Piala Uber negara menerima tamparan hebat apabila Pearly Tan terpaksa menarik diri akibat kecederaan belakang.
Ini meninggalkan gandingannya, M Thinaah serta gandingan Carmen Ting-Ong Xin Yee serta pasangan muda, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan.
Dalam acara perseorangan, Malaysia mempertaruhkan K Letshanaa, Ling Ching, Siti Zulaikha Azmi serta bekas juara remaja dunia, Goh Jin Wei.
Ling Ching mampu sumbang mata buat skuad Piala Uber negara
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perkukuh Komunikasi Dengan Anak Muda, Dekati Mengikut Keperluan Mereka – Mohd Ridhwan
- 80 Tahun UMNO: Kerja Lebih Keras Dan Bijak, Bukan Bergantung Pada Nostalgia – Syed Hussein
- Suraya Yaacob Dilantik Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Perlekeh Keadaan Semasa, Simpati Nasib Rakyat – Mohd Razlan
You must be logged in to post a comment.