Kereta anak Noniswara hangus terbakar

Kereta anak Noniswara hangus terbakar

Kereta milik pelakon baharu, Erysha Emyra dikhabarkan terbakar di tepi jalan dalam satu kejadian pada Rabu.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Erysha yang juga merupakan anak kepada pelakon Datin Seri Noniswara Baharudin memaklumkan kejadian cemas itu berlaku ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja.



Satu kejadian trauma berlaku ketika saya nak pergi kerja. Alhamdulillah, saya selamat.

Tambah pelakon berusia 23 tahun itu lagi, meskipun berada dalam keadaan panik ketika itu tetapi dia berjaya menyelamatkan diri.

Namun, kereta miliknya tidak dapat diselamatkan dan menerusi video pendek yang dikongsikan, kenderaan itu sudah hangus terbakar sepenuhnya sebaik sahaja pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

Video tersebut kemudian dikongsikan semula oleh beberapa portal hiburan tempatan dan menjengah ke ruangan komen, wargamaya meluahkan rasa syukur kerana Erysha selamat dan tiada perkara buruk yang berlaku terhadapnya.



Kereta anak Noniswara hangus terbakar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?



Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini



Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker