Bekas CEO GLC negeri akan dituduh esok

Bekas CEO GLC negeri akan dituduh esok

MELAKA: Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh esok bagi menghadapi pertuduhan mengemukakan butir matan palsu Surat Penilaian Harga Kenderaan bagi pelupusan kenderaan bernilai puluhan ribu ringgit, tiga tahun lalu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka dalam kenyataan hari ini memaklumkan suspek lelaki berusia 46 tahun itu ditahan di pejabat SPRM jam 2.15 petang tadi.



Menurut kenyataan itu, suspek didakwa mengemukakan Surat Penilaian Harga Kenderaan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka bertarikh 19 April 2021 melalui Resolusi Pekeliling bertarikh 26 Mei 2021 bagi dua kenderaan iaitu Toyota Fortuna 2.5G dan Toyota Hilux 2.5G untuk tujuan pelupusan.

Katanya, harga nilaian dinyatakan adalah lebih rendah daripada nilai sebenar dikeluarkan oleh JKR Melaka bagi mengelirukan ahli lembaga syarikat berkaitan negeri berkenaan dan membolehkan suspek membeli kenderaan itu pada harga lebih rendah.

“Siasatan kes selesai dibuat pada Jun lalu dan suspek ditahan petang tadi di pejabat SPRM untuk dituduh di mahkamah esok mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 (Akta 694) dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Mohd Shahril Che Saad ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan. BH



Bekas CEO GLC negeri akan dituduh esok

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?



Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini



Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker