Lelaki mudah cair dengan Sophia – Shahz Jaszle

Lelaki mudah cair dengan Sophia – Shahz Jaszle

Pelakon Shahz Jaszle mengakui kelembutan dan kejelitaan dimiliki Sophia Albakarbah boleh mencairkan hati mana-mana lelaki.

Pernah bergandingan menerusi drama Cinta Hilang Kata, Shahz berpendapat, kelembutan Sophia yang pernah diangkat sebagai Aktres Filem Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 itu juga boleh membuatkan lelaki mudah salah sangka.



Namun, kata Shahz, lelaki itu sendiri perlulah tahu batas hubungan, lebih lagi, bila berstatus suami orang.

“Saya sendiri sudah berkahwin dan pernah jalani penggambaran bersama Sophia. Saya tiada masalah bersama Sophia walaupun sudah berkahwin.

“Sebenarnya, ia terpulang kepada seseorang lelaki nak bawa diri ke arah mana dan bagaimana nak letak perasaan terhadap heroin.

“Bila berlakon kena rapat dengan rakan gandingan sebab nak mewujudkan keserasian, tapi kita sendiri kenalah kuat dan tahu status diri.



“Sophia, wanita lemah lembut. Kelembutannya boleh buat orang salah sangka. Mungkin lelaki akan ingat Sophia suka kepada mereka, tapi sebenarnya memang sikapnya begitu,” katanya.

Shahz ditemui pada majlis tayangan drama bersiri terbaharu Unifi TV Original, Nak Dengar Cerita Hantu Ke?

Sementara itu, sebagai kawan baik, Shahz bersimpati dengan nasib pelakon cantik itu kerana dilabelkan sebagai ‘penyondol’ oleh netizen.

Bagi Shahz, gelaran berkenaan terlalu keras kerana dia mengenali sikap Sophia.



Shahz mendedahkan, Sophia ada menghubungi isterinya untuk mengadu hal berkenaan dan turut meluahkan kesedihan apabila dilabel ‘penyondol’.

“Sophia agak sedih dan pernah hubungi isteri saya kerana tuduhan diterima. Saya ada menasihati dan memintanya tak melayan.

“Bagi saya, sekiranya tak buat, Sophia tak perlu takut kerana ada sesetengah orang dengki kepadanya sebab dia cantik.

“Tapi, saya tahu Sophia kuat dan bekerja keras untuk kerjayanya. Saya ada mengingatkannya banyak lagi halangan dan pancaroba akan dilalui.



“Saya cuma nasihatkan Sophia jangan cepat mengalah dan berputus asa, sebaliknya teruslah bekerja,” katanya lagi. BH

Lelaki mudah cair dengan Sophia – Shahz Jaszle

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker