‘Saya perlu tunjuk pada dunia tindakan Israel terhadap Gaza’

‘Saya perlu tunjuk pada dunia tindakan Israel terhadap Gaza’

GAZA: Tiga wartawan yang disifatkan golongan barisan hadapan di Gaza sempat berkongsi pengalaman mencabar dan menyayat hati sepanjang menjalankan tugas di wilayah terkepung itu.

Sejak serangan 7 Oktober lalu, sekurang-kurang 11 petugas media terbunuh sejak tentera Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Semenanjung Gaza, menurut Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ).



Semenanjung Gaza dianggap sebagai satu tempat paling berbahaya untuk wartawan membuat liputan.

Menurut laporan Al-Jazeera, seorang wartawan foto Palestin dari Gaza, Muhammad Qndeel, mengakui peperangan di wilayah itu antara serangan paling kejam pernah dialaminya.

Beliau yang pernah membuat liputan lima insiden konflik di rantau ini, menyifatkan peperangan di Gaza lebih bersifat peribadi.

Ini kerana katanya, beliau kehilangan tiga rakan sekerjanya minggu lalu.



“Ini kali pertama saya berasa sangat takut. Mereka mengebom rumah, membedil menara dan kawasan kejiranan menggunakan bahan letupan.

“Saya tidak boleh berhenti memikirkan mengenai anak saya. Bagaimana saya boleh memastikan mereka selamat jika saya terbunuh?” katanya.

Minggu lalu, Close Up merakamkan aksi wartawan foto Palestin itu sambil mendokumentasikan kesan serangan Israel ke atas Gaza.

Pejuang Hamas mula melancarkan serangan ke atas Israel pada 7 Oktober lalu menerusi Operasi Taufan Al-Aqsa mengakibatkan 1,300 orang terbunuh.



Rejim Israel kemudiannya bertindak balas dengan serangan pengeboman dan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berikrar untuk mengalahkan Hamas, sekali gus mengubah Asia Barat.

Sehingga kini, lebih 2,750 rakyat Palestin terbunuh.

Pada masa sama, Muhammad berkata walaupun tugasnya itu mengancam nyawa, namun beliau bertekad untuk terus melaksanakan tanggungjawab terbabit.

“Kami berkongsi apa yang kami lihat untuk memastikan mesej kami sampai ke seluruh dunia bahawa Gaza sedang dikepung dan jenayah paling kejam sedang dilakukan di sini.”



Sementara itu, seorang wartawan BBC mengakui menangis di hospital Gaza selepas bertemu dengan seorang pesakit muda yang tinggal sebatang kara selepas keluarganya terbunuh dan rumahnya musnah dalam serangan di wilayah itu.

Air mata Adnan El-Bursh tumpah kerana usia pesakit itu dilihat hampir sebaya anak perempuannya.

“Rumah pesakit ini musnah. Saudara-maranya dibunuh dan dia memerlukan bantuan. Anak perempuan saya sebayanya dan saya mahu memeluknya,” katanya.

Perasaan Adnan bersama jurukamera Mahmoud al-Ajrami, tersentuh apabila melihat mayat bergelimpangan di hospital itu.



Melalui laporan beritanya, Adnan melaporkan seorang gadis yang cedera dengan wajahnya berlumuran darah, selepas rejim Israel menyerang rumahnya, menangis ketika seorang doktor merawat kakinya.

Ketika membuat liputan di hospital, Adnan mengakui hari itu adalah detik paling sukar sepanjang kerjayanya kerana terpaksa menyaksikan begitu banyak kesedihan dan pertumpahan darah.

Jurugambar AFP, Mahmud Hams pula menceritakan pengalaman mengerikan apabila menyaksikan dua letupan dalam masa beberapa minit pada Khamis dan Jumaat lalu.

Beliau mengakui, tugas yang dilaksanakannya amat sukar kerana terpaksa mempertaruhkan nyawa dengan ditemani bunyi serangan bom sama ada ketika dalam perjalanan melaksanakan tugas ataupun ketika berada di pejabat.



“Malah kami terpaksa mengosongkan pejabat di Gaza sebanyak dua kali selepas menerima ancaman bahawa bangunan kami, akan dimusnahkan.

“Tentera Israel kadang kala turut menghantar mesej dan meminta penduduk supaya mengosongkan bangunan tertentu sebelum memusnahkannya,” katanya.

Beliau berkata, ketua pengarang laman web Al-Khamsa News, dan dua rakannya Mohammed Subh serta Hisham Alnwajha kehilangan nyawa mereka selepas menerima panggilan daripada tentera Israel.

Enam hari selepas serangan Hamas, tiada wartawan asing mempunyai akses ke kawasan itu. BH

‘Saya perlu tunjuk pada dunia tindakan Israel terhadap Gaza’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly Mazlein perli siapa?

Rosnah Mat Aris mak tiri Ira Kazar?

Azira Shafinaz bikin panas ‘belanja lurah’

Lucy ‘tawan hati’ Wan Ismail Golok, ‘kawan yang setia dan ambil berat’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker