Universiti jangan tolak pelajar hanya kerana status miskin – Anwar

Universiti jangan tolak pelajar hanya kerana status miskin – Anwar

Semua universiti tidak boleh menolak kemasukan pelajar miskin hanya kerana mereka tidak mampu membayar yuran pendaftaran pengajian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, arahan itu pertama kali dikeluarkan dalam sejarah negara bagi memastikan mereka tidak dihalang melapor diri hanya kerana masalah kewangan.



“Saya beri arahan supaya tiada universiti yang boleh tolak pelajar miskin, mesti daftar dan bagi nama pelajar itu kepada kementerian atau jabatan berkaitan untuk diselesaikan,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan bersama Perdana Menteri, di sini, pagi ini.

Jelas Anwar, inisiatif itu turut diumumkan menerusi Belanjawan 2024 berhubung yuran pendaftaran masuk ke universiti awam (UA) yang dihadkan maksimum RM1,500 bermula Januari tahun depan.

Beliau kesal apabila dimaklumkan ada beberapa keluarga termasuk dua dari Tambun terpaksa menolak pelawaan untuk anak mereka ke menara gading hanya disebabkan kekangan kewangan.

“Kita beri pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) RM1,500 tapi ada yuran universiti lain mencecah RM1,800 sehingga beberapa keluarga terpaksa tolak pelawaan ke universiti kerana tidak mampu,” ujarnya.



Menerusi Belanjawan 2024, penyelarasan yuran universiti itu agar selari dengan nilai pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) oleh PTPTN berjumlah RM1,500 kepada semua pelajar yang layak. MG

Universiti jangan tolak pelajar hanya kerana status miskin – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Elly Mazlein perli siapa?

Rosnah Mat Aris mak tiri Ira Kazar?



Azira Shafinaz bikin panas ‘belanja lurah’

Lucy ‘tawan hati’ Wan Ismail Golok, ‘kawan yang setia dan ambil berat’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker